Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan kembalikan tuduhan salah guna kuasa
Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Rabu (11 Sep) menolak permohonan mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyemak keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta (S$69.8 juta).
Berikutan itu, Encik Muhyiddin kekal berdepan pertuduhan terbabit di Mahkamah Sesyen.
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan (panel lain) dipengerusikan Azizah Nawawi, bersama-sama Ruzima Ghazali, Ahmad Zaidi Ibrahim, Azman Abdullah dan Azhahari Kamal Ramli.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Encik Muhyiddin berkata pihaknya akan meneliti dan mengkaji peruntukan undang-undang berkaitan.
“Kami menghormati keputusan mahkamah. Walaupun kecewa dengan keputusan hari ini, kami akan mengkaji alasan-alasan diberikan mahkamah.
“Mahkamah pada dasarnya bersetuju dengan hujah kami kecuali mahkamah hari ini bersetuju bidang kuasa mahkamah tinggi merangkumi semakan kehakiman,” katanya, dipetik daripada agensi berita Astro Awani.
Encik Hisham berkata pihaknya memerlukan masa untuk meneliti keputusan pada Rabu untuk tindakan pembelaan selanjutnya.
Pada 15 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Encik Muhyiddin, 77 tahun, daripada empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah RM232.5 juta (S$69.8 juta) bagi Bersatu.
Bagaimanapun, pada 28 Februari lalu, panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan, mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk tindakan lanjut, selepas membenarkan rayuan pendakwaan, lapor Astro Awani.
Ahli Parlimen Pagoh terbabit diwakili peguam, Encik Hisyam selaku pemohon sementara pendakwaan sebagai responden oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Mengikut pertuduhan, Encik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ketika itu dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta (S$69.8 juta) berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Azman Yusoff bagi parti berkenaan.
Selain empat pertuduhan itu, Encik Muhyiddin turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram (AMLA) berjumlah RM195 juta (S$58.5 juta) daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu, menurut Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.