Skip to main content

Dunia

Mahkamah Rayuan Hong Kong sokong larang penggunaan topeng muka

Mahkamah Rayuan Hong Kong hari ini (10 Dis) menyokong keputusan mahkamah rendah mengenai undang-undang melarang penggunaan topeng muka.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Rayuan Hong Kong sokong larang penggunaan topeng muka

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Dec 2019 07:05PM Dikemas Kini : 10 Dec 2019 07:09PM

HONG KONG: Mahkamah Rayuan Hong Kong hari ini (10 Dis) menyokong keputusan mahkamah rendah mengenai undang-undang melarang penggunaan topeng muka.

Bulan lalu Mahkamah Tinggi Hong Kong mengatakan, larangan itu adalah keterlaluan dan melanggar perlembagaan.

Siang tadi ia memutuskan tidak akan membiarkan penggunaan topeng muka semasa bantahan diadakan.

Ia menambah, sesiapa yang terus memakainya akan menghadapi hukuman jika proses rayuan tidak berjaya.

Dalam satu lagi perkembangan, polis Hong Kong mematikan dua bom buatan sendiri yang sarat dengan paku, di kampus Kolej Wah Yan.

Seorang jurucakap polis mengatakan bom-bom tersebut direka sebegitu rupa untuk membunuh atau mencederakan mangsa dengan teruk.

Bom-bom tersebut dikawal dari jarak jauh menerusi alat radio dan boleh diletupkan dengan menggunakan telefon bimbit.

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita