Mahkamah rayuan Amerika tolak perjanjian pengakuan bersalah dalang serangan 11 Sept
Mohammed dituduh merancang dan mengarah serangan terhadap Pusat Perdagangan Dunia dan Pentagon. (Gambar: X/Open Source Intel)
This audio is generated by an AI tool.
Dalam keputusan 2-1, panel hakim di Washington DC menolak perjanjian yang akan membolehkan Mohammed dan beberapa tertuduh lain mengaku bersalah dengan pertukaran hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, sekaligus mengelakkan hukuman mati.
Mohammed dituduh merancang dan mengarah serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon, yang membunuh hampir 3,000 orang.
Dia ditangkap di Pakistan pada 2003 dan kini ditahan di kem Guantanamo Bay, Cuba, seperti dilapor Astro Awani.
Di bawah perjanjian itu, keluarga mangsa tragedi 11 September 2001 akan dibenarkan bertanya soalan kepada Mohammed, yang diwajibkan memberi jawapan penuh dan jujur.
Sesetengah keluarga menyokong perjanjian itu sebagai peluang untuk menutup luka dan mendapat jawapan, manakala yang lain menolak kerana percaya perbicaraan terbuka adalah jalan sebenar untuk keadilan.
Perbicaraan kes itu tertangguh lebih sedekad disebabkan persoalan mengenai penyeksaan terhadap Mohammed dan tertuduh lain semasa dalam tahanan Amerika termasuk 'waterboarding' sebanyak 183 kali, kurang tidur, dan pendedahan tubuh secara paksa di pusat tahanan rahsia CIA, seperti dilapor Astro Awani.
Perjanjian itu diluluskan oleh pendakwa tentera dan pegawai kanan Pentagon di Guantanamo, namun Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin membatalkannya, menyatakan bahawa hanya beliau mempunyai kuasa muktamad untuk berbuat demikian.
Pada Jumaat, mahkamah rayuan mengesahkan bahawa Austin bertindak dalam bidang kuasanya, dan hakim Patricia Millett serta Neomi Rao menyatakan bahawa rakyat Amerika dan keluarga mangsa berhak menyaksikan proses pengadilan dijalankan secara penuh dan telus.
Hakim Robert Wilkins tidak bersetuju, menyifatkan keputusan itu sebagai “tidak terbukti secara jelas dan tidak boleh dipertahankan”, seperti dilapor Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.