Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Persekutuan Malaysia kekal sabitan Najib; hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas perdana menteri itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Persekutuan Malaysia kekal sabitan Najib; hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada 23 Ogos 2022. (Gambar: AP/Vincent Thian)

PUTRAJAYA:Mahkamah Persekutuan Malaysia pada Selasa (23 Ogos) mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (S$65.3 juta) ke atas Najib Razak kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta (S$13 juta).

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas perdana menteri itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohd Nazlan Mohd Ghazali,  yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Ahli Parlimen Pekan itu bagi setiap tiga pertuduhan CBT kerana penyelewengan masing-masing RM27 juta (S$8.4 juta), RM5 juta (S$1.55 juta) dan RM10 juta (S$3.1 juta) daripada dana SRC.

Najib, 69 tahun, pada 8 Dis 2021 gagal mengetepikan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Sumber : Bernama/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan