Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Persekutuan M'sia tolak 3 rayuan Najib dalam kes penyelewengan dana SRC

Encik Najib Razak sekali lagi gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan perintah sekatan bagi menghalang media dan orang ramai daripada membincangkan merit kesnya serta mendapatkan dokumen tambahan untuk menyediakan pembelaannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Persekutuan M'sia tolak 3 rayuan Najib dalam kes penyelewengan dana SRC

Encik Najib Razak. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 08:12PM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 08:14PM

PUTRAJAYA: Encik Najib Razak sekali lagi gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan perintah sekatan bagi menghalang media dan orang ramai daripada membincangkan merit kesnya serta mendapatkan dokumen tambahan untuk menyediakan pembelaannya.

Bekas perdana menteri berusia 66 tahun itu juga gagal dalam rayuannya berhubung prosedur yang diambil oleh Peguam Negara untuk memindahkan kes beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Encik Richard Malanjum sebulat suara menolak ketiga-tiga rayuan itu.

Sementara itu, mahkamah turut menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintah pendakwaan supaya mengemukakan surat pelantikan pendakwa ad hoc Encik Sulaiman Abdullah kepada pihak pembelaan.

Ketika menyampaikan keputusan mahkamah berhubung rayuan Encik Najib bagi mendapatkan dokumen tambahan, Hakim Idrus Harun, seorang daripada anggota panel hakim itu, berkata Parlimen sudah meluluskan Kanun Tata Cara Jenayah (CPC) untuk mengawal apakah dokumen yang perlu dibekalkan kepada pembelaan sebelum perbicaraan dan perkara ini sudah pun dipatuhi oleh pihak pendakwaan.

Beliau berkata Encik Najib tidak berhak untuk mendapatkan sebarang dokumen tambahan lagi pada peringkat ini, dan menambah, jika permohonan (Najib) itu dibenarkan, ia akan sama seperti menyerahkan keseluruhan kertas siasatan kepada beliau.

Hakim lain dalam panel berkenaan ialah Hakim Besar Malaya Zaharah Ibrahim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak David Wong Dak Wah dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Encik Ramly Ali, Encik Tengku Maimun Tuan Mat serta Encik Nallini Pathmanathan.

Mahkamah Rayuan pada Mac tahun ini turut menolak tiga rayuan Encik Najib.

Encik Najib, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta (S$13.8 juta).

Perbicaraan kes beliau bermula pada 3 April dan pendakwaan sudah memanggil seorang saksi untuk memberi keterangan pada hari berkenaan. Perbicaraan akan bersambung dari 15 April hingga 10 Mei.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan