Mahkamah Pakistan gantung waran tangkap terhadap Imran Khan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Getty Images
KARACHI: Mahkamah tinggi Pakistan pada Selasa (7 Mac) menggantung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap mantan Perdana Menteri Imran Khan selepas beliau gagal hadir perbicaraan kes berkaitan pembelian dan penjualan hadiah yang diberikan kenamaan asing semasa menjadi Perdana Menteri.
Ketua Hakim Negara Aamer Farooq mengarahkan polis untuk tidak menangkap Khan sehingga 13 Mac, lapor Agensi Anadolu.
Mahkamah juga memerintahkan mantan PM itu hadir ke mahkamah pada tarikh yang sama (13 Mac) bagi perbicaraan kes itu.
Mahkamah Islamabad minggu lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Encik Khan selepas beliau sebelum ini gagal menghadiri perbicaraan.
Polis pada Ahad cuba menahan Encik Khan tetapi menerima tentangan hebat dari penyokongnya di bandar timur laut Lahore.
Encik Khan, 70 tahun, disingkirkan selepas parlimen meluluskan usul undi tidak percaya terhadap dirinya pada April tahun lalu.
Beliau kini disabitkan dengan pelbagai kes jenayah termasuk keganasan, cubaan membunuh dan pengubahan wang haram.
Encik Khan sebelum ini mendakwa wujud konspirasi yang disokong negara asing bagi menjatuhkan pemerintahannya.
Beliau terselamat daripada cubaan bunuh ketika mengetuai perarakan di daerah Wazirabad di wilayah Punjab pada November.
Sejak itu, beliau menetap di kediamannya di Lahore dan gagal menghadiri perbicaraan mahkamah atas alasan kesihatan dan keselamatan.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.