Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Pakistan benarkan Imran Khan diikat jamin

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Pakistan benarkan Imran Khan diikat jamin

Gambar fail menunjukkan bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan meninggalkan Mahkamah Tinggi di Islamad pada 3 Oktober 2022. (Gambar: Ghulam Rasool / AFP)

Diterbitkan : 23 May 2023 08:54PM Dikemas Kini : 23 May 2023 08:55PM
ISLAMABAD: Mahkamah Pakistan pada Selasa (23 Mei) membenarkan mantan Perdana Menteri Imran Khan diikat jamin sehingga bulan depan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mahkamah Antikeganasan (ATC) memberikan perlindungan kepada Encik Khan daripada ditahan sehingga 8 Jun, kata jurucakap parti Encik Khan, Ahmad Janjua.

Bekas pemimpin itu dibenarkan ikat jamin dalam lapan kes keganasan kerana menghasut penyokongnya untuk melakukan keganasan di kompleks kehakiman persekutuan pada Mac.

Encik Khan menghadapi banyak kes membabitkan rasuah dan keganasan.

Walaupun beliau dibenarkan ikat jamin, terdapat kemungkinan pihak berkuasa akan menangkapnya bagi lebih 100 kes lain.

Encik Khan memberitahu mahkamah bahawa beliau mempertaruhkan nyawanya setiap kali melangkah keluar dari rumahnya.

"Saya percaya ada ancaman terhadap nyawa saya," lapor media tempatan.

Kali ini penyokong Encik Khan tidak keluar mengadakan bantahan ekoran tindakan keras pihak berkuasa terhadap mereka kerana rusuhan maut dan perbuatan merosakkan harta benda awam di kem tentera berikutan penahanannya pada 9 Mei.

Mantan Menteri Hak Asasi Manusia Shireen Mazari turut dibenarkan ikat jamin atas tiga pertuduhan berbeza, ditahan semula sebaik keluar dari penjara selain sebilangan ahli politik lain yang mengalami nasib yang sama.

Tentera sudah memulakan perbicaraan terhadap penyokong Encik Khan yang terlibat dalam serangan ke atas kemudahan tentera.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan