Mahkamah Pakistan batalkan sabitan mantan PM Imran Khan; tetap dipenjara atas tuduhan lain
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan semasa wawancara bersama AFP di tempat tinggalnya di Lahore pada 18 Mei 2023. (Gambar: Arif Ali/AFP)
ISLAMABAD: Mahkamah Tinggi di Pakistan membatalkan sabitan mantan Perdana Menteri Imran Khan yang dipenjarakan atas tuduhan membocorkan rahsia negara, kata peguam dan partinya pada Isnin (3 Jun).
Sungguhpun demikian, Encik Khan tetap akan dipenjarakan buat masa ini disebabkan oleh sabitan bagi kes-kes lain.
Encik Khan, 71 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun atas kesalahan mendedahkan maklumat sulit yang dihantar kepada Islamabad oleh Duta Pakistan di Washington pada 2022. Beliau dipenjarakan sejak Ogos tahun lalu.
Shah Mehmood Qureshi, Menteri Luar Pakistan ketika Encik Khan memegang jawatan dari 2018 hingga 2022, juga dibebaskan daripada tuduhan tersebut. Ia disifatkan sebagai satu kemenangan besar bagi pemimpin yang dipenjarakan itu.
Encik Khan berkata maklumat sulit itu menjadi bukti pakatan antara tentera Pakistan dan Amerika Syarikat yang mahu menggulingkan pemerintah pimpinannya pada 2022 selepas beliau melawat Mosko sejurus sebelum pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Washington dan tentera Pakistan menafikan tuduhan tersebut.
Kes itu merupakan satu daripada empat kes Encik Khan disabitkan sebelum Pilihan Raya Pakistan pada Februari. Dalam dua lagi kes, hukumannya digantung buat sementara waktu sementara menunggu keputusan rayuannya.
Walau bagaimapun, Encik Khan, tetap akan dipenjarakan untuk menjalani hukuman tujuh tahun atas satu lagi kes berkaitan perkahwinannya dengan isteri ketiganya, Bushra Khan, yang dipercayai melanggar tradisi dan undang-undang Islam.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.