Skip to main content

Dunia

Mahkamah Pakistan batal sabitan kes rasuah ke atas mantan PM Nawaz Sharif

Anggaran Waktu Membaca:
ISLAMABAD: Mahkamah Pakistan membatalkan sabitan kes rasuah ke atas mantan Perdana Menteri Nawaz Sharif pada Rabu (29 Nov).

Pembatalan tersebut sekali gus menghapuskan salah satu halangan untuk Encik Nawaz layak bertanding dalam pilihan raya Februari depan.

Mahkamah Tinggi Islamabad membuat keputusan itu selepas badan antirasuah tidak membantah permohonan Encik Nawaz untuk dibebaskan.

Ahli Parlimen veteran tersebut kembali ke Islamabad pada Oktober, selepas empat tahun hidup dalam buangan di London.

Beliau dilaporkan mahu mencuba nasib bertanding dalam pilihan raya dan menjadi Perdana Menteri untuk kali keempat.

Atas tujuan itu, Encik Nawaz perlu bebas daripada sabitan jenayah.

Selain sabitan rasuah, Encik Nawaz mempunyai satu sabitan jenayah yang menyebabkannya dipenjara lapan tahun, serta larangan bertanding dalam pilihan raya.

Encik Nawaz disabit kesalahan jenayah pada 2018, melibatkan pembelian pangsapuri mewah di London.

Pilihan raya Pakistan dijadual berlangsung pada 8 Februari depan.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita