Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Myanmar fail satu lagi tuduhan terhadap Aung San Suu Kyi, keadaan huru-hara meluas

Myanmar terus dicengkam keganasan hari ini (1 Mac) yang juga menandakan tepat satu bulan, sejak tentera merampas kuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Myanmar fail satu lagi tuduhan terhadap Aung San Suu Kyi, keadaan huru-hara meluas

(Gambar: AFP/Ye Aung THU)

Diterbitkan : 01 Mar 2021 05:03PM Dikemas Kini : 01 Mar 2021 05:50PM

NAYPYIDAW: Myanmar terus dicengkam keganasan hari ini (1 Mac) yang juga menandakan tepat satu bulan, sejak tentera merampas kuasa.

Sebuah mahkamah Myanmar mengemukakan satu lagi pendakwaan terhadap pemimpin yang digulingkan Aung San Suu Kyi yang tidak pernah dilihat sejak rampasan kuasa tentera bulan lalu.

Cik Suu Kyi kelihatan sihat semasa beliau dihadapkan di mahkamah menerusi persidangan video di ibu kota Naypyidaw, dan meminta untuk berjumpa pasukan guamannya, kata peguam Min Min Soe kepada Reuters.

Cik Suu Kyi sebelum ini dikenakan tuduhan berkaitan mengimport walkie talkie dan mengadakan kempen tunjuk perasaan ketika pandemik COVID-19. Tuduhan terbaru kerana menerbitkan maklumat yang boleh menyebabkan ketakutan atau kecemasan.

Sementara itu polis pencegah rusuhan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan menentang rampasan kuasa tentera, di Yangon.

Keganasan berterusan sehari selepas 18 penunjuk perasaan ditembak mati dalam pertempuran paling buruk sejak 24 hari yang lalu.

Pihak berkuasa tentera juga memecat duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) semalam, setelah beliau mendesak badan dunia untuk menggunakan "segala cara yang perlu" untuk menghentikan pemerintahan tentera.

Para penunjuk perasaan melancarkan bantahan saban hari sejak enam hari bulan lalu, menuntut pembebasan Cik Suu Kyi dan supaya dikembalikan pemerintahan demokratik di Myanmar.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan