Mahkamah Malaysia kembalikan sementara pasport Muhyiddin
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menyerahkan sementara pasport mantan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin, agar beliau dapat melawat anggota keluarganya yang menghidapi barah di Australia.
Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan yang dibuat peguam Encik Muhyiddin, Hisyam Teh Poh Teik, selepas timbalan pendakwa raya, Nor Asma Ahmad tidak membantahnya, lapor Malaysiakini.
"Sebab yang dinyatakan dalam afidavit adalah untuk melawat seorang ahli keluarga di Australia yang sedang sembuh dari kanser usus," kata Encik Hisyam Teh, sambil menambah pihaknya memohon pelepasan sementara pasport bermula Rabu (8 Mei sehingga 28 Mei.
Sebelum ini, Encik Muhyiddin menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sebagai sebahagian daripada syarat ikat jaminnya dalam kes Jana Wibawa.
Cik Azura turut menetapkan 13 Jun ini bagi mendengar permohonan Encik Muhyiddin untuk menangguhkan prosiding, sementara menunggu permohonan semakan yang dibuatnya bagi membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa, yang dijadual didengar di Mahkamah Rayuan pada 9 Julai.
Pada Mac tahun lalu, Encik Muhyiddin mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi empat pertuduhan itu, serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM232.5 juta (S$66,000,000) berkaitan program Jana Wibawa.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.