Mahkamah Malaysia batal saman terhadap kerajaan, Dr Mahathir, Muhyiddin berhubung projek HSR
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Malaysia pada Jumaat (15 Dis) membenarkan permohonan kerajaan negara itu dan empat yang lain termasuk dua mantan perdana menteri untuk membatalkan saman Mohd Hatta Sanuri berhubung dakwaan cuai kerana menamatkan Projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain membatalkan saman difailkan Mohd Hatta pada 30 Disember tahun lalu selepas memutuskan bahawa beliau tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk mengambil tindakan undang-undang berkenaan dan ia adalah penyalahgunaan proses mahkamah.
Beliau turut memerintahkan Mohd Hatta membayar kos RM10,000 (S$2,859).
Encik Mohd Hatta Sanuri mengemukakan tindakan saman sivil itu terhadap dua mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Encik Muhyiddin Yassin serta mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed dan mantan Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong sebagai defenden.
Beliau menuntut agar HSR dipulihkan semula.
Encik Mohd Hatta memfailkan saman itu dengan mendakwa mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang terkesan dengan pembaziran dilakukan semua defendan, berhubung penamatan projek terbabit.

Sumber : Bernama/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.