Skip to main content

Dunia

Mahkamah M'sia tolak permohonan polis tahan pengasas aplikasi 'Sugarbook'

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini (18 Feb) menolak permohonan pihak polis untuk menahan reman pengasas aplikasi Sugarbook bagi membantu siasatan dakwaan laman berkenaan digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah M'sia tolak permohonan polis tahan pengasas aplikasi 'Sugarbook'

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 18 Feb 2021 03:55PM Dikemas Kini : 18 Feb 2021 03:58PM

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini (18 Feb) menolak permohonan pihak polis untuk menahan reman pengasas aplikasi Sugarbook bagi membantu siasatan dakwaan laman berkenaan digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan.

Peguam yang mewakili lelaki tersebut, Foong Cheng Leong berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat menolak permohonan pihak berkuasa berkenaan selepas anak guamnya memberi aku janji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata lelaki tempatan berusia 34 tahun yang berasal dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan pada pukul 4.30 petang pada Rabu (17 Feb) di sebuah kondominium di ibu negara.

“Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 372(1)(d) dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut Fadzil, hingga kini sebanyak 74 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes itu.

Media sebelum ini melaporkan Malaysia berada di kedudukan ketiga tertinggi di Asia di belakang India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan sugar daddy paling ramai melalui aplikasi Sugarbook yang menyediakan platform untuk mencari teman janji temu itu.

Susulan aduan orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat akses ke laman tersebut yan turut mendakwa semakin ramai wanita di negara ini, khususnya penuntut universiti, menawarkan diri menjadi sugar baby menerusi laman berkenaan. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita