Mahkamah lepaskan sementara pendakwah selebriti Da'i Syed dari penjara sehingga rayuan didengar
Anggaran Waktu Membaca:

Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful. (Gambar: BERNAMA)
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di Shah Alam, Malaysia pada Jumaat (20 Sep) melepaskan sementara pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful yang sedang menjalani hukuman penjara atas pertuduhan merogol seorang wanita.
Perkara berkenaan diputuskan Hakim Aslam Zainuddin selepas membenarkan permohonan dikemukakan peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed selaku pemohon untuk menggantung pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi.
Peguam Abu Bakar Isa Ramat yang turut mewakili pemohon ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata sesi pendengaran permohonan penggantungan dibuat mengikut Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah.
Mahkamah kemudian menetapkan 24 September ini bagi sebutan kes rayuan itu di Mahkamah Tinggi.
Encik Abu Bakar berkata mahkamah turut membenarkan permohonan tersebut dengan beberapa syarat, namun butirannya tidak boleh didedahkan secara terperinci.
Dalam prosiding pada Jumaat, selain Encik Abu Bakar dan Encik Mohamed Baharudeen, Syed Shah Iqmal turut diwakili Encik Wan Azmir Wan Majid dan Encik Muhammad Amin Othman.
Pada 30 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Norazlin Othman menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan ke atas Syed Shah Iqmal serta menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan permohonan tersebut.

Dia dijatuhi hukuman berkenaan selepas didapati bersalah merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 Shah Alam, kira-kira pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.
Syed Shah Iqmal didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 10 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Mac lepas mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan dan memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan berkenaan.

Sumber : Bernama/NK/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.