Skip to main content

Dunia

Mahkamah Korea Selatan tolak permohonan lanjutkan penahanan Presiden Yoon

Mahkamah Korea Selatan pada Jumaat (24 Jan) menolak permohonan pihak pendakwa untuk melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol berhubung siasatan jenayah terhadap tindakannya mengisytiharkan undang-undang tentera darurat pada 3 Disember lalu, lapor agensi berita Yonhap.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Korea Selatan tolak permohonan lanjutkan penahanan Presiden Yoon

Presiden Yoon Suk Yeol. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 25 Jan 2025 07:28AM Dikemas Kini : 25 Jan 2025 07:30AM
SEOUL: Mahkamah Korea Selatan pada Jumaat (24 Jan) menolak permohonan pihak pendakwa untuk melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol berhubung siasatan jenayah terhadap tindakannya mengisytiharkan undang-undang tentera darurat pada 3 Disember lalu, lapor agensi berita Yonhap.

Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO) pada Khamis (23 Jan) memohon kepada pejabat pendakwa raya supaya mendakwa Presiden Yoon atas pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa.

Yoon yang didakwa dan digantung tugas pada 14 Disember, berada dalam tahanan sejak minggu lalu sedang pihak penyiasat menyiasat percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera darurat.

Langkah beliau berbuat demikian mengejutkan seluruh Korea Selatan walaupun ia ditolak beberapa jam kemudian oleh parlimen.

Menurut CIO, tempoh penahanan Yoon dijadual berakhir pada kira-kira 28 Januari.

Mereka juga menjangkakan pihak pendakwa akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk melanjutkan tempohnya selama 10 hari lagi sebelum mereka secara rasmi mendakwa Presiden Yoon.

Namun, Mahkamah Daerah Pusat Seoul telah menolak permohonan tersebut.

Pejabat pendakwa raya dan mahkamah tidak dapat dihubungi untuk mengulas tentang perkara ini.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita