Mahkamah Korea Selatan tolak permintaan pecat menteri atas insiden rempuhan Halloween
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP/Kim Seung-doo/Yonhap)
SEOUL: Mahkamah tertinggi Korea Selatan pada Selasa (25 Jul) membatalkan undian parlimen untuk menyingkirkanMenteri Dalam Negeri berhubung tindak balasnya terhadap kejadian rempuhan Halloween di Seoul tahun lalu, mencetuskan kemarahan dan kebimbangan dalam kalangan saudara-mara para mangsa.
BACA: Lebih 150 maut dalam rempuhan semasa sambutan Halloween di Seoul
Di tengah-tengah kehadiran ramai polis di mahkamah perlembagaan, beberapa anggota keluarga yang menghadiri perbicaraan itu menangis selepas keputusan dibacakan, dengan dua ibu rebah dan dibawa pergi oleh ambulans, menurut seorang saksi Reuters.
Penggubal undang-undang pada Februari mengundi untuk memecat menteri Lee Sang-min, dan menggesanya supaya bertanggungjawab atas kegagalan bertindak mengawal kesesakan yang meragut 159 nyawa, kebanyakannya dalam lingkungan usia 20-an tahun, di daerah hiburan malam di Seoul.

BACA: Parlimen Korea Selatan undi pecat menteri berhubung tragedi rempuhan Halloween
Walaupun mahkamah mendapati menteri itu membuat kenyataan yang tidak sesuai, ia menyatakan dalam satu kenyataan bahawa ia bukan satu alasan untuk memecat Encik Lee dan beliau tidak mengabaikan tanggungjawabnya. Keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara, menurut mahkamah itu.
Encik Lee, yang tidak hadir di mahkamah, berkata selepas keputusan dibuat, bahawa ia adalah masa untuk bersatu dan menghentikan "perselisihan politik yang tidak berfaedah" berkaitan kemalangan itu, lapor agensi berita Yonhap.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol sudah menolak permintaan pembangkang supaya beliau memecat Encik Lee. Pejabat dan parti pemerintahnya mengecam pihak Democrat dan menuduh mereka menyalahgunakan kuasa majoriti mereka untuk meneruskan keputusan memecat Encik Lee.
Pada Jun, Perhimpunan Negara yang diketuai pembangkang memutuskan untuk mempercepatkan rang undang-undang bertujuan untuk melancarkan siasatan bebas terhadap insiden rempuhan di Itaewon.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.