Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Korea Selatan lanjutkan waran tangkap terhadap Presiden Yoon

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Korea Selatan lanjutkan waran tangkap terhadap Presiden Yoon

Presiden Yoon Suk Yeol. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 08 Jan 2025 07:36AM Dikemas Kini : 08 Jan 2025 07:37AM
SEOUL: Sebuah mahkamah di Korea Selatan pada Selasa (7 Jan) meluluskan lanjutan waran tangkap terhadap Presiden Yoon Suk Yeol yang berhadapan proses pendakwaan menyusuli tindakan singkat beliau menguatkuasakan undang-undang tentera, lapor Agensi Berita Yonhap.

Mahkamah Daerah Barat Seoul meluluskan lanjutan itu atas permintaan penyiasat dari Pejabat Penyiasatan Rasuah untuk Pegawai Kanan (CIO) selepas waran asal tamat pada Isnin, menurut pegawai.

Cubaan CIO untuk melaksanakan waran berkenaan Jumaat lalu gagal selepas kakitangan keselamatan presiden menghalang penyiasat daripada memasuki kediaman rasmi Yoon di pusat bandar Seoul.

Walaupun penyiasat tidak mendedahkan tempoh lanjutan waran, dipercayai ia melebihi tempoh biasa tujuh hari, memandangkan cabaran yang dijangka dalam menangkap Yoon.

CIO memohon waran awal pada 30 Disember lalu, mendakwa Yoon terlibat sebagai dalang pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa.

Sehari kemudian, mahkamah sama meluluskan waran itu, menjadikannya kali pertama dalam sejarah waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang presiden yang masih berkhidmat.

Dengan lanjutan ini, CIO dijangka membuat percubaan baharu untuk menguatkuasakan waran tangkap terhadap Yoon dalam masa terdekat.
Sumber : AGENCIES/IM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan