Mahkamah Korea Selatan keluarkan waran tangkap terhadap Presiden Yoon
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Handout/ Pejabat Presiden Korea Selatan/AFP
SEOUL: Mahkamah Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Yoon Suk Yeol, yang telah didakwa dan digantung tugas, menurut para penyiasat pada Selasa (31 Dis).
"Waran tangkap dan waran geledah kediaman Presiden Yoon Suk Yeol, yang dimohon oleh Ibu Pejabat Siasatan Bersama, dikeluarkan pagi ini," jelas Ibu Pejabat Siasatan Bersama tersebut dalam kenyataannya.
"Tiada jadual ditetapkan bagi prosiding seterusnya," tambah kenyataan tersebut.
Para penyiasat yang sedang menyoal siasat Encik Yoon atas perisytiharaan perintah undang-undang tentera, memohon waran itu pada Isnin. Ini selepas Presiden yang digantung tugas itu tidak melaporkan diri untuk disoal siasat buat kali ketiga.

BACA:
Encik Yoon yang menarik balik perintah undang-undang tentera beberapa jam selepas ia diisytiharkan, menjerumuskan Korea Selatan ke dalam kemelut politik paling buruk sejak beberapa dekad yang lain.
Beliau digantung tugas selaku presiden oleh Parlimen atas tindakannya itu, namun keputusan mahkamah perlembagaan yang masih belum didedahkan, dijangka akan mengesahkan pendakwaan tersebut.
Pemimpin konservatif itu juga berdepan dengan tuduhan jenayah mencetuskan pemberontakan, yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati.
Waran tersebut dikeluarkan kira-kira 33 jam selepas ia dimohon - dengan media tempatan menyifatkannya sebagai "tempoh paling lama dalam sejarah bagi perbicaraan memohon waran tangkap". Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa mahkamah telah membahaskan langkah-langkah seterusnya yang wajar diambil.
Meskipun waran itu telahpun dikeluarkan, masih belum jelas sama ada penyiasat dan polis mampu melaksanakan perintah tersebut.
Perkhidmatan Keselamatan Presiden sebelum ini mengabaikan tiga waran menggeledah kediaman Encik Woon.
Para pegawai polis telah dikerahkan ke luar kediaman Encik Yoon di bahagian tengah Seoul pada awal Selasa, dalam usaha untuk mencegah berlaku pergaduhan.
Media tempatan melaporkan bahawa penangkapan atau penggeledahan kediaman Encik Yoon tidak mungkin berlaku kerana para penyiasat mungkin akan berusaha untuk menyelaraskan usaha dengan Perkhidmatan Keselamatan Presiden.
Secara teknikal, sesiapa yang didapati menghalang pelaksanaan waran tangkap boleh diberkas.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.