Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Korea Selatan keluarkan waran tangkap terhadap lelaki buka pintu kecemasan pesawat

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Sebuah mahkamah di Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang penumpang yang membuka pintu kecemasan pesawat Asiana Airlines beberapa minit sebelum mendarat di Daegu, Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap pada Ahad (28 Mei).

Lelaki berusia 30-an tahun itu, ditahan sejurus pesawat tersebut mendarat pada Jumaat lau, selepas dia membuka pintu kecemasan ketika pesawat A321-200 berada pada ketinggian sekitar 213 meter di udara, sekali gus mencetuskan keadaan cemas di dalam pesawat.

Mahkamah Daerah Daegu mengeluarkan waran tersebut atas tuduhan melanggar Akta Keselamatan Penerbangan,dengan menyatakan terdapat risiko dia mungkin melarikan diri sebelum perbicaraan berlangsung. Waran tersebut membolehkan polis menahannya bagi tempoh lebih lama.

Lelaki tersebut yang dikenali melalui nama keluarganya iaitu Lee, mendakwa dia membuka pintu tersebut kerana mahu keluar lebih cepat dari pesawat.

Dia juga dilkatakan meluahkan rasa kasihannya terhadap pelajar-pelajar yang berada dalam penerbangan tersebut, semasa dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan pada Ahad. Ini kerana pelajar-pelajar tersebut dikejarkan ke hospital kerana masalah pernafasan berikutan insiden tersebut.

Menurut pegawai bomba, mereka bagaimanapun sudah dibenar keluar dari hospital selang dua jam selepas itu.

Syarikat penerbangan Asiana Airlines mengumumkan tidak akan lagi menjual tempat duduk di sebelah pintu kecemasan A321-200, mulai Ahad.
 
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan