Mahkamah Konstitusi Indonesia tidak jumpa bukti meyakinkan Naib Presiden Gibran miliki ijazah setara SMA Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: ANTARA)
Indonesia's Constitutional Court found no convincing evidence that Vice President Gibran had qualifications equivalent to an Indonesian senior high school certificate
- Indonesia's Constitutional Court in Jakarta said there was no evidence that Gibran Rakabuming Raka had a foreign certificate equivalent to an Indonesian senior high school certificate in a dispute over candidacy requirements for the 2024 elections.
- Judge Arsul Sani said the documents submitted, including an attendance letter, academic records and a grade explanation, did not prove graduation.
- However, the application by a civil society organisation and an individual was not accepted because they did not have the legal standing to bring the dispute.
- Judge Liliek Prisbawono Adi and Chief Justice Suhartoyo referred to Constitutional Court Regulation No. 2/2024, which limits the right to file such disputes to election candidate pairs.
- Mahkamah Konstitusi Indonesia di Jakarta menyatakan tiada bukti Gibran Rakabuming Raka memiliki sijil luar negara setaraf SMA dalam pertikaian syarat pencalonan Pilihan Raya 2024.
- Hakim Arsul Sani berkata dokumen yang dikemukakan, termasuk surat kehadiran, rekod akademik dan penjelasan gred, tidak membuktikan tamat pengajian.
- Namun, permohonan oleh pertubuhan masyarakat sivil dan individu tidak diterima kerana mereka tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk membawa pertikaian itu.
- Hakim Liliek Prisbawono Adi dan Ketua Mahkamah Suhartoyo merujuk Peraturan MK Nombor 2/2024, yang mengehadkan hak pertikaian kepada pasangan calon pilihan raya.
JAKARTA: Mahkamah Konstitusi Indonesia menyatakan ia tidak menemui bukti yang menunjukkan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka memiliki sijil pendidikan yang setaraf dengan lulusan sekolah menengah atasan (SMA), dalam perbicaraan pertikaian berhubung syarat pencalonannya pada Pilihan Raya 2024.
Perkara itu disampaikan Hakim Konstitusi Arsul Sani ketika membacakan keputusan bagi kes 01/PHPU.PRES-XXIV/2026 pada Selasa (6 Okt).
"Setelah mahkamah meneliti semua bukti yang dikemukakan pihak-pihak terlibat serta fakta yang terungkap dalam perbicaraan, mahkamah tidak menemui dokumen yang menunjukkan Gibran Rakabuming Raka memiliki ijazah, sijil atau diploma sebagai bukti beliau telah menamatkan pendidikan di luar negara yang setaraf dengan sekolah menengah atasan atau yang setara dengannya," kata Encik Arsul.
Beliau menjelaskan, perkara itu turut disokong keterangan Ketua Pengarah Pendidikan Dasar dan Menengah Indonesia semasa perbicaraan, yang menyatakan tiada bukti dokumen yang dapat meyakinkan pihak mahkamah.
Dokumen yang dimaksudkan ialah ijazah atau sijil diploma yang sepatutnya disertakan sebagai dokumen sokongan bagi surat penyetaraan kelulusan luar negara.
Sebaliknya, dokumen yang dikemukakan hanyalah surat kehadiran, selain rekod akademik dan penjelasan mengenai gred.
"Berhubung perkara tersebut, surat kehadiran yang digunakan sebagai bukti untuk menunjukkan seseorang telah menamatkan pendidikan di luar negara yang setaraf dengan sekolah menengah atasan atau yang setara dengannya, menurut mahkamah, bukan bukti kelulusan atau tamat pengajian, sebaliknya hanya bukti kehadiran dalam proses pembelajaran," kata Encik Arsul.
PERMOHONAN TIDAK DAPAT DITERIMA
Bagaimanapun, Mahkamah Konstitusi Indonesia memutuskan bahawa permohonan berhubung pertikaian itu tidak dapat diterima.
Hakim Mahkamah Konstitusi Indonesia, Liliek Prisbawono Adi berkata dalam pertimbangan undang-undangnya bahawa para pemohon tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk mengemukakan kes tersebut.
Para pemohon terdiri daripada pertubuhan masyarakat sivil serta individu.
Menurut Peraturan Mahkamah Konstitusi Indonesia Nombor 2/2024, hanya pasangan calon yang bertanding dalam pilihan raya mempunyai hak untuk mengemukakan pertikaian sedemikian.
"Oleh itu, para pemohon tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk mengemukakan perkara ini," kata Encik Liliek.
Justeru, semua hujah berkaitan pokok permohonan tidak dipertimbangkan lebih lanjut kerana dianggap tidak lagi relevan.
Ketua Mahkamah Konstitusi Indonesia Suhartoyo kemudian menegaskan bahawa pihak mahkamah menerima bantahan pihak termohon berhubung kedudukan undang-undang para pemohon.
"Dalam pokok permohonan, permohonan para pemohon diputuskan tidak dapat diterima," kata Encik Suhartoyo.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.