Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Keadilan Antarabangsa boleh ambil tindakan terhadap sebahagian kes pencerobohan Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Keadilan Antarabangsa boleh ambil tindakan terhadap sebahagian kes pencerobohan Rusia

Gambar: Sem van der Wal / ANP / AFP

THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), atau juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia, menyatakan ia boleh mengambil tindakan terhadap sebahagian kes yang dikemukakan Ukraine berhubung pencerobohan Rusia pada 2022.

Kyiv meminta ICJ supaya mengisytiharkan bahawa ia tidak menjalankan operasi penghapusan kaum di Ukraine Timur.

Dakwaan itu dibangkitkan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin sebagai alasan untuk menceroboh negara jirannya itu.

Beliau kemudian mendakwa penyokong tegar orang Rusia di Ukraine Timur telah dibuli dan dibunuh oleh Kyiv.

Wilayah itu, yang kini diduduki Mosko, meliputi Donetsk dan Luhansk.

Sebuah panel merangkumi 16 hakim akan mengeluarkan satu keputusan kelak.

Para hakim bagaimanapun menolak permintaan untuk membuat keputusan tentang sama ada pencerobohan Rusia melanggar Konvensyen Genosid 1948.
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan