Mahkamah Jepun akan putuskan kes lelaki bunuh mantan PM Shinzo Abe
Sebuah mahkamah di Jepun pada Rabu (21 Jan) akan menyampaikan keputusannya terhadap seorang lelaki yang dituduh menembak mati mantan Perdana Menteri Shinzo Abe, tiga setengah tahun selepas pembunuhan perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu menggemparkan negara tersebut.
Anggaran Waktu Membaca:
- Mahkamah Jepun akan mengumumkan keputusan terhadap Tetsuya Yamagami yang membunuh mantan Perdana Menteri Shinzo Abe pada Julai 2022 di Nara.
- Pembunuhan Abe mengejutkan negara dan menyebabkan perubahan kepimpinan serta ketidakstabilan dalam Parti Demokratik Liberal (LDP).
- Motivasi Yamagami berpunca daripada dendam terhadap Unification Church yang menyebabkan keluarganya mengalami masalah kewangan, serta kemarahan terhadap Abe yang pernah menyokong gereja itu.
- Pendakwa menuntut hukuman penjara seumur hidup, manakala peguam bela memohon hukuman maksimum 20 tahun, dengan keputusan dijangka pada 21 Januari.
TOKYO: Sebuah mahkamah di Jepun pada Rabu (21 Jan) akan menyampaikan keputusannya terhadap seorang lelaki yang dituduh menembak mati mantan Perdana Menteri Shinzo Abe, tiga setengah tahun selepas pembunuhan perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu menggemparkan negara tersebut.
Tetsuya Yamagami, kini berusia 45 tahun, diberkas di tempat kejadian pada Julai 2022 selepas melepaskan tembakan ke arah Encik Abe menggunakan senjata buatan sendiri ketika mantan perdana menteri itu sedang menyampaikan ucapan sempena kempen pilihan raya di bandar Nara, barat Jepun. Encik Abe ketika itu berusia 67 tahun.
Walaupun beliau tidak lagi memimpin Jepun pada waktu itu, Encik Abe kekal sebagai tokoh yang berpengaruh dan menyatukan dalam Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah. Ketiadaannya meninggalkan kekosongan dalam parti tersebut, yang sejak itu menyaksikan dua persaingan kepimpinan dan, secara tidak langsung, peralihan kuasa dalam kalangan perdana menteri.
Encik Abe sendiri berkhidmat sebagai perdana menteri selama 3,188 hari merentasi dua penggal berasingan, sebelum meletak jawatan pada September 2020 atas sebab kesihatan.
Anak didiknya, Sanae Takaichi, kini memimpin Jepun dan LDP, namun cengkaman parti itu terhadap kuasa kini agak lemah.
Pembunuhan Encik Abe turut mendedahkan hubungan mendalam antara partinya dengan Unification Church, sebuah pertubuhan yang dianggap ramai sebagai kumpulan ajaran sesat. Siasatan dalaman parti mendapati lebih 100 penggubal undang-undang mempunyai hubungan dengan kumpulan tersebut, menyebabkan ramai pengundi menolak LDP, yang telah memerintah Jepun untuk sebahagian besar tempoh pascaperang.
Media memetik Yamagami sebagai memberitahu mahkamah bahawa dia memendam dendam terhadap Unification Church selepas sumbangan besar oleh ibunya kepada pertubuhan itu menyebabkan kesempitan kewangan kepada keluarganya, dan dia turut meluahkan kemarahannya terhadap Encik Abe kerana mantan perdana menteri itu pernah mengirim mesej video kepada satu acara yang dianjurkan oleh kumpulan yang bersekutu dengan gereja tersebut.
Ditubuhkan di Korea Selatan pada 1954, Church Unification terkenal dengan majlis perkahwinan beramai-ramai dan menganggap pengikut dari Jepun sebagai sumber pendapatan utama.
Keputusan bersalah hampir pasti selepas Yamagami mengaku membunuh Encik Abe semasa perbicaraan pertama di Mahkamah Daerah Nara pada Oktober tahun lalu, dan perhatian kini tertumpu kepada hukuman berat yang akan dijatuhkan.
Pendakwa pada bulan lalu menuntut hukuman penjara seumur hidup, sambil menyifatkan perbuatan itu sebagai “satu kejadian amat berat yang belum pernah berlaku dalam sejarah pascaperang”.
Peguam bela Yamagami pula berhujah bahawa nasib malang yang menimpa keluarganya akibat sumbangan kepada Unification Church wajar dipertimbangkan dan agar hukuman penjara dihadkan kepada maksimum 20 tahun.
Walaupun Encik Abe merupakan seorang tokoh yang memecahbelahkan di Jepun, beliau adalah antara segelintir pemimpin dunia yang mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Encik Abe merupakan pemimpin asing pertama yang bertemu dengan Encik Trump selepas kemenangannya dalam pilihan raya pada 2016, dan mereka berdua kemudian menjalin hubungan erat melalui beberapa pusingan golf di Amerika Syarikat dan Jepun. Perdana Menteri Takaichi sering kali merujuk kepada persahabatan mereka dalam urusannya dengan Encik Trump.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.