Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Jenayah Antarabangsa putuskan ia berhak siasat krisis Rohingya

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memutuskan ia berhak menyiasat nasib kaum Rohingya, terutamanya mengenai dakwaan pengusiran mereka dari Myanmar ke Bangladesh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Sep 2018 10:07PM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 10:10PM

THE HAGUE: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memutuskan ia berhak menyiasat nasib kaum Rohingya, terutamanya mengenai dakwaan pengusiran mereka dari Myanmar ke Bangladesh.

Dalam keputusan yang mengejutkan itu, ICC mengatakan ia boleh meneruskan dakwaan terhadap Myanmar kerana melakukan jenayah ke atas kemanusiaan.

Myanmar bukan anggota ICC tetapi Bangladesh adalah anggota.

Oleh kerana jenayah berlaku di Bangladesh, ICC memutuskan ia berhak untuk menyiasat dakwaan terhadap Myanmar.

Bagaimanapun para pemerhati mengatakan proses pengadilan dijangka mengambil masa yang panjang.

Yang utama, para peguam perlu mengumpul bukti yang kukuh bahawa Myanmar ada niat untuk mengusir kaum Rohingya.

Mendapatkan bukti-bukti di Bangladesh dianggap mudah kerana ia anggota ICC tetapi para peguam dijangka menghadapi banyak cabaran untuk mengumpul bukti di Myanmar.

Sebelum ini Myanmar sudah mengatakan ia bukan anggota ICC, maka ia tidak perlu untuk mematuhi keputusan mahkamah tersebut.

ICC pula tidak mempunyai badan penguatkuasaannya sendiri, untuk memastikan keputusannya dipatuhi oleh Myanmar.

Hampir 700,000 kaum Rohingya melarikan diri dari wilayah Rakhine ke negara jiran Bangladesh sejak operasi tentera Myanmar dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan