Mahkamah Jenayah Antarabangsa mula siasat dakwaan jenayah kemanusiaan Rohingya
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sudah memulakan siasatan awal berhubung dakwaan tentera Myanmar melakukan jenayah terhadap orang-orang Rohingya di wilayah Rakhine.
MYANMAR: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sudah memulakan siasatan awal berhubung dakwaan tentera Myanmar melakukan jenayah terhadap orang-orang Rohingya di wilayah Rakhine.
Siasatan itu meninjau sama ada tentera sudah melakukan pembunuhan, serangan seksual dan memaksa pengusiran ratusan ribu orang Rohingya ke Bangladesh.
ICC kemudian akan membuat keputusan sama ada dakwaan tersebut terbukti benar dan merupakan jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan.
Bangladesh pula akan memulakan proses untuk memindahkan para pelarian Rohingya di negara itu ke sebuah pulau terpencil pada 3 hari bulan depan.
Langkah itu bertujuan mengurangkan kesesakan di Cox's Bazaar.
Lebih 700,000 pelarian Rohingya dari wilayah Rakhine mencari perlindungan di kawasan sempadan itu sejak Ogos lalu.
Dalam tahap pertama, sehingga 60 keluarga Rohingya akan dipindahkan ke Pulau Bhashan Char yang terletak di Teluk Benggala.
Pemerintah Bangladesh dilapor sudah mengeluarkan belanja AS$280 juta (S$384 juta) untuk menjadikan pulau berlumpur itu sesuai dihuni.
Bagaimanapun kumpulan-kumpulan hak asasi manusia terus menentangnya.
Terletak 20 kilometer dari tanah besar Bangladesh, kumpulan hak asasi manusia menyifatkan Pusat Bhashan Char sebagai pusat tahanan bagi para pelarian Rohingya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.