Mahkamah Indonesia tolak petisyen Pilihan Raya Presiden diadakan semula
Anggaran Waktu Membaca:
Encik Anies Baswedan. (Gambar: AP)
JAKARTA: Mahkamah Perlembagaan Indonesia menolak tuntutan mahkamah yang dikemukakan oleh Encik Anies Baswedan dan Encik Ganjar Pranowo terhadap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto berhubung Pilihan Raya Presiden Indonesia yang diadakan pada Februari lalu.
Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan mengikat.
Mahkamah Perlembagaan menyatakan, tiada bukti yang menunjukkan berlaku penipuan sistematik atau secara besar-besaran. Selain itu, presiden, badan negara atau pegawai daerah juga tidak terbukti bertindak campur tangan dalam pilihan raya itu dengan mempengaruhi para pengundi.

Encik Anies dan Encik Ganjar telah bertanding dan kalah dalam pilihan raya itu.
Encik Prabowo memperoleh undi paling banyak, iaitu 58 peratus undi.
Namun, Encik Anies dan Encik Ganjar meminta Mahkamah supaya membatalkan keputusan tersebut dan mengarahkan pengundian dijalankan semula.
Mereka mendakwa, berlaku penipuan yang meluas dalam pilihan raya tersebut.
Encik Anies dan Encik Ganjar juga menimbulkan persoalan mengenai kesahihan pencalonan Encik Gibran Rakabuming Raka sebagai timbalan Encik Prabowo.
Calon naib presiden berusia 36 tahun itu merupakan anak kepada Presiden Joko Widodo yang akan melepaskan jawatannya setelah berkhidmat selama dua penggal.

Sumber : AGENCIES/KH/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.