Mahkamah Indonesia tarik balik hukuman 2 pegawai polis berkait kematian rempuhan stadium
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/STR)
MALANG: Mahkamah Agung Indonesia menarik balik keputusan untuk membebaskan dua pegawai polis dituduh berkelakuan cuai sehingga menyebabkan tragedi paling buruk dalam sejarah bola sepak Indonesia.
Mereka dijatuhi hukuman penjara pada Khamis (24 Ogos), meskipun dikecam anggota kelaurga mangsa dan disifatkan sebagai hukuman terlalu ringan.

BACA:
Anggota keluarga mangsa menyuarakan keprihatinan dan menangis selepas sebuah mahkamah di Jawa Timur memutuskan untuk membebaskan dua pegawai polis Malang pada Mac.
Namun, dokumen mahkamah dikongsi kepada AFP berkata kedua-dua pegawai, Bambang Sidik Achmadi, 48 tahun, dan Wahyu Setyo Pranoto, 35 tahun, didapati bersalah atas kelakuan cuai sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan pada Rabu (23 Ogos).
Berdasarkan dokumen tersebut, keputusan itu ditetapkan selepas pendakwa negeri memfailkan rayuan untuk mencabar keputusan membebaskan kedua-dua pegawai tersebut.
Walau bagaimanapun, anggota keluarga mangsa yang meninggal dunia di Stadium Kanjuruhan berkata keputasan tersebut sangat ringan.
Pendakwa berkata Pranoto tidak mengendahkan larangan FIFA terhadap penggunaan gas pemedih mata semasa perlawanan bola sepak, manakala Achmadi dituduh mengarahkan orang bawahannya supaya melepaskan gas pemedih mata.
"Kami sudah kehilangan rasa hormat kerana mereka didakwa berkelakuan cuai dan bukan kesalahan membunuh," kata Imam Hidayat kepada AFP, seorang peguam bagi sebuah keluarga yang kehilangan dua anak remaja dalam rempuhan tersebut.
Hukuman maksimum bagi pembunuhan tidak disengajakan adalah hukuman penjara 15 tahun.
Namun, kumpulan hak asasi manusia menyatakan keputusan tersebut menawarkan keadilan buat anggota keluarga mangsa.
"Keputusan Mahkamah Agung membawa harapan baharu kepada keluarga 135 mangsa dan mereka yang cedera dalam tragedi Kanjuruhan untuk mendapatkan keadilan," kata timbalan pengarah Amnesty International Indonesia Wirya Adiwena dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, keputusan itu harus digunakan sebagai permulaan untuk "mengatasi budaya membebaskan pegawai berkuasa" dalam kes-kes keganasan melibatkan pasukan keselamatan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.