Mahkamah Indonesia bakal putuskan tuntutan batalkan pemilihan Naib Presiden Gibran
Anggaran Waktu Membaca:
Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, di Istana Negara di Jakarta, Indonesia pada 8 Jun 2026. (Gambar: Reuters/Willy Kurniawan)
Indonesian court to decide on a lawsuit seeking to annul Vice President Gibran's election
- Indonesia's Constitutional Court is scheduled to rule on Oct 6 on a case seeking to annul Vice President Gibran Rakabuming Raka's position over an issue concerning his educational qualifications.
- The plaintiffs, led by a former deputy Minister for Law, alleged that Gibran's overseas studies did not meet the equivalent requirement for senior high school and were improperly accepted.
- The Ministry of Education said the equivalency assessment was made based on Gibran's overall educational history, although no diploma was submitted during the application process.
- The case could affect President Prabowo Subianto's administration, while his political ties with Joko Widodo are also seen as strained after several senior official reshuffles.
- Mahkamah Perlembagaan Indonesia dijadual memutuskan pada 6 Oktober kes yang mahu membatalkan jawatan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka atas isu kelayakan pendidikan.
- Plaintif, diketuai mantan timbalan menteri undang-undang, mendakwa pengajian luar negara Gibran tidak memenuhi syarat setaraf sekolah menengah atasan dan diterima secara tidak wajar.
- Kementerian Pendidikan berkata penilaian kesetaraan dibuat berdasarkan keseluruhan sejarah pendidikan Gibran, walaupun tiada diploma dikemukakan semasa proses permohonan.
- Kes ini berpotensi menjejaskan pentadbiran Presiden Prabowo Subianto, ketika hubungan politiknya dengan Joko Widodo turut dilihat tegang selepas beberapa pertukaran pegawai kanan.
JAKARTA: Mahkamah Perlembagaan Indonesia akan mengeluarkan keputusan pada lewat Selasa (6 Okt) berhubung kes yang menuntut pembatalan pemilihan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka disebabkan oleh dakwaan rekod pendidikannya yang tidak mencukupi; satu langkah yang boleh menyebabkan beliau kehilangan jawatan dan seterusnya menjejaskan pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
Encik Prabowo menjadi presiden kelapan bagi ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu selepas kempen pilihan raya yang berjaya meskipun sering dilanda kontroversi, bersama Encik Gibran 39 tahun, anak sulung kepada presiden sebelumnya, Joko Widodo.
Bulan lalu, pihak plaintif yang diketuai oleh mantan timbalan menteri undang-undang Indonesia memfailkan petisyen kepada mahkamah, meminta panel sembilan hakim membatalkan jawatan naib presiden Gibran. Mereka berhujah bahawa kelayakan pendidikan luar negara beliau tidak memenuhi syarat kelayakan Indonesia dan telah diterima secara tidak wajar oleh pihak berkuasa pilihan raya.
Undang-undang pilihan raya Indonesia mensyaratkan calon presiden dan naib presiden untuk menamatkan persekolahan peringkat sekolah menengah atasan atau tahap pendidikan yang setaraf. Pihak plaintif berhujah bahawa Encik Gibran gagal membuktikan secukupnya bahawa beliau telah memenuhi kriteria tersebut.
Para hakim dijadualkan menyampaikan keputusan mereka pada Selasa (6 Okt) selepas mengadakan beberapa sesi pendengaran bersama pakar, atase diplomatik, dan kementerian pendidikan, menurut laman web mahkamah.
Cabaran undang-undang ini bergantung kepada persoalan sama ada pengajian luar negara Encik Gibran memenuhi syarat yang ditetapkan, serta sama ada pegawai pilihan raya bertindak wajar dengan bergantung pada sijil kesetaraan yang dikeluarkan oleh pemerintah bagi menyokong pencalonan beliau. Encik Gibran pernah bersekolah di Sekolah Menengah Orchid Park di Singapura dan kemudian melanjutkan pelajaran di UTS Insearch di Australia sebelum memperolehi ijazah sarjana muda melalui Management Development Institute of Singapore (MDIS).
Pegawai Kementerian Pendidikan Indonesia, Taufiq Damarjati, memberitahu mahkamah pada 2 Oktober bahawa penilaian kesetaraan oleh kementerian itu adalah berdasarkan sejarah pendidikan Encik Gibran secara keseluruhan, sambil mengakui bahawa tiada diploma dikemukakan semasa proses permohonan, menurut transkrip mahkamah.
Encik Prabowo telah menggantikan beberapa pegawai kanan, termasuk ketua polis negara dan Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, lapor media tempatan; tindakan yang dilihat secara meluas sebagai gambaran ketegangan dalam hubungannya dengan Encik Jokowi.
Encik Jokowi memberikan sokongannya kepada Encik Prabowo, mantan menteri pertahanannya, semasa kempen pilihan raya presiden.
Satu keputusan kontroversi Mahkamah Perlembagaan pada tahun 2023 mengecualikan Encik Gibran daripada sekatan umur, sekali gus membuka jalan bagi pencalonannya. Langkah itu mencetuskan bantahan dan kritikan daripada golongan pelajar, aktivis, dan pakar undang-undang, dengan para penganalisis berpendapat bahawa ia membolehkan Encik Jokowi mengekalkan pengaruhnya walaupun selepas melepaskan jawatan presiden.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.