Mahkamah Indonesia akan buat keputusan petisyen pilihan raya presiden diadakan semula
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Yasuyoshi CHIBA)
JAKARTA: Mahkamah Indonesia akan menetapkan keputusan pada Isnin (22 Apr) tentang dua permohonan yang mempertikai keputusan Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024 pada Februari.
Demikian selepas calon presiden yang kalah membuat petisyen untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi, dan mendakwa wujud campur tangan oleh pemerintah serta berpihak kepada pemenang, Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto.
Dua calon presiden lain meminta Mahkamah Perlembagaan Indonesia untuk membatalkan keputusan Encik Prabowo yang diraih dengan jurang yang besar, dengan mendakwa bantuan sosial diberikan di kawasan undi penting yang mempengaruhi pengundi supaya memihak kepada Encik Prabowo.
Encik Prabowo, yang menang 58 peratus undi, bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut.
Mantan gabenor Jakarta Anies Baswedan dan Jawa Tengah Ganjar Pranowo juga mendakwa sokongan Presiden Indonesia Joko Widodo kepada Encik Prabowo memberinya kelebihan yang tidak adil.
Begitu juga dengan pelibatan anak Encik Jokowi, Gibran Rakabuming Raka, pasangan calon Encik Prabowo, selepas mahkamah mengubah peraturan kelayakan untuk menyertai pilihan raya tersebut.
Encik Anies dan Encik Ganjar yang masing-masing meraih 25 peratus dan 16 peratus undian, berhujah bahawa Encik Gibran, 36 tahun, tidak sepatutnya dibenarkan untuk menjadi calon Naib Presiden Encik Prabowo, dan kemenangannya harus dibatalkan.
Keputusan Mahkamah Perlembagaan pada Oktober lalu, yang diketuai adik ipar Encik Jokowi, Anwar Usman, mengubah peraturan usia minimum calon beberapa hari sebelum pendaftaran, yang membenarkan Encik Gibran menjadi pasangan calon Encik Prabowo.

Encik Prabowo dan pentadbiran Encik Jokowi menolak sebarang dakwaan campur tangan daripada pemerintah. Menteri kabinet juga menolak dakwaan bantuan sosial diberikan atas tujuan politik semasa perbicaraan mahkamah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.