Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah India mulakan bicara kes relawan polis rogol, bunuh doktor hospital pemerintah

Sebuah mahkamah di wilayah timur India, Benggala Barat, memulakan perbicaraan pada Isnin (11 Nov) ke atas seorang sukarelawan polis yang dituduh merogol dan membunuh seorang doktor di hospital pemerintah pada Ogos lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah India mulakan bicara kes relawan polis rogol, bunuh doktor hospital pemerintah

(Gambar: X/@Dr Abhinaba Pal)

Diterbitkan : 12 Nov 2024 10:25AM Dikemas Kini : 12 Nov 2024 10:26AM
KOLKATA: Sebuah mahkamah di wilayah timur India, Benggala Barat, memulakan perbicaraan pada Isnin (11 Nov) ke atas seorang sukarelawan polis yang dituduh merogol dan membunuh seorang doktor di hospital pemerintah pada Ogos lalu.

Kes berkenaan telah mencetuskan kemarahan ramai disebabkan oleh kekurangan keselamatan untuk melindungi kaum wanita di India.

Mayat wanita itu ditemui di dalam bilik darjah RG Kolej dan Hospital Perubatan Kar di ibu wilayah Kolkata pada 9 Ogos lalu.

Polis telah menahan seorang relawan polis, Sanjay Roy, atas jenayah itu.

Tuduhan dibuat minggu lalu, manakala Roy berkata, dia "tidak bersalah sama sekali" dan telah dikambing hitamkan.

Kes itu telah membangkitkan semula kritikan terhadap rekod buruk India berhubung keselamatan wanita walaupun undang-undang yang lebih ketat sudah diperkenalkan.

Kes itu juga memberi tekanan kepada infrastruktur dan keselamatan yang lemah di hospital-hospital awam di India, kebanyakannya kekurangan kemudahan asas termasuk kamera litar tertutup (CCTV) dan kakitangan keselamatan.

Kira-kira 128 saksi akan dipanggil dengan perbicaraan diadakan setiap hari, sedang pihak berkuasa berusaha untuk mempercepatkan kes berprofil tinggi itu.

Perbicaraan juga tidak akan dibuka kepada orang ramai.

Satu sumber yang enggan dikenali berkata, bapa doktor wanita itu memberikan keterangan pada Isnin (11 Nov).

Selain Roy, polis India berkata, pihaknya menahan pegawai yang menjaga balai polis tempatan dan penguasa hospital itu kerana didakwa mengganggu bukti dan penyelewengan kewangan.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan