Mahkamah India haramkan madrasah di Uttar Pradesh sebelum pilihan raya
Anggaran Waktu Membaca:

Kanak-kanak mengaji di sebuah madrasah di India. (Gambar: AFP)
NEW DELHI: Sebuah mahkamah di India mengharamkan madrasah di Uttar Pradesh, wilayah paling padat di negara itu.
Langkah itu dilihat bakal menyebabkan ramai umat Islam menjauhi pemerintah nasionalis pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi menjelang pilihan raya umum, tidak lama lagi.
Perintah yang berkuat kuasa pada Jumaat itu (22 Mac) membatalkan undang-undang yang diperkenalkan pada 2004 yang mentadbir urus madrasah di Uttar Pradesh, sambil menyatakan penubuhan madrasah melanggar sekularisme perlembagaan India dan mengarahkan pelajarnya dipindahkan ke sekolah-sekolah konvensional.
Perintah Mahkamah Tinggi Allahabad itu menjejas 2.7 juta pelajar dan 10,000 guru di 25,000 madrasah, menurut Iftikhar Ahmed Javed, ketua lembaga pendidikan madrasah di wilayah itu, di mana 20 peratus daripada 240 juta penduduknya beragama Islam.
"Pemerintah wilayah juga akan memastikan kanak-kanak berusia enam hingga 14 tahun tidak dibiarkan tanpa memasuki institusi-institusi yang diiktiraf," tulis Hakim Subhash Vidyarthi dan Vivek Chaudhary dalam perintah bertulis mereka, yang dibuat menyusuli rayuan oleh peguam Anshuman Singh Rathore.
Reuters bagaimanapun tidak dapat menghubungi Rathore atau menentukan sama ada beliau ada kaitan dengan mana-mana kumpulan politik.
India bakal mengadakan pilihan raya umum antara April dengan Jun dan Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Encik Modi dijangka menang besar.
Golongan Muslim serta kumpulan hak manusia menuduh beberapa ahli BJP dan sekutunya menggalak ucapan kebencian berbaur anti-Islam selain menghapuskan hartanah milik Muslim.
Encik Modi menafikan diskriminasi agama wujud di India.
Menurut BJP pemerintah sedang memperbetul kesilapan sejarah, termasuk baru-baru ini melancarkan sebuah kuil Hindu di tapak masjid yang terbakar pada 1992.
Ramai penganut Hindu percaya masjid itu dibina di lokasi di mana Tuhan Ram dilahirkan dan di mana sebuah kuil dimusnahkan di bawah kepimpinan Babur, Empayar Mughal.
Rakesh Tripathi, seorang jurucakap bagi BJP Uttar Pradesh, yang mengendalikan pemerintah wilayah itu berkata ia tidak menentang madrasah dan prihatin tentang pendidikan pelajar Muslim.
"Kami bukan menentang sebarang madrasah tetapi kami menentang amalan-amalan diskriminasi. Kami menentang pembiayaan haram dan pemerintah akan memutuskan untuk meneruskan tindakan setelah melalui perintah mahkamah."
Pejabat Encik Modi tidak segera memberi respons kepada emel pada Sabtu (23 Mac) yang meminta komen berhubung perintah mahkamah itu.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.