Mahkamah Hong Kong tiada bidang kuasa untuk haramkan topeng
Badan perlembagaan China menyatakan bahawa mahkamah-mahkamah di Hong Kong tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berhubung pemakaian topeng dan pelitup, lapor agensi berita Xinhua hari ini (19 Nov).
(Gambar: Thomas Peter/Reuters)
SHANGHAI: Badan perlembagaan China menyatakan bahawa mahkamah-mahkamah di Hong Kong tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berhubung pemakaian topeng dan pelitup, lapor agensi berita Xinhua hari ini (19 Nov).
Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Mahkamah Tinggi Hong Kong memutuskan bahawa larangan terhadap pemakaian topeng dan pelitup semasa tunjuk perasaan yang menggemparkan hab kewangan itu selama lebih lima bulan tidak mengikuti perlembagaan.
“Sama ada undang-undang Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong mematuhi Undang-Undang Asas Hong Kong cuma boleh dinilai oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Kebangsaan Rakyat.
“Tiada pihak berkuasa lain mempunyai hak membuat penghakiman dan keputusan,” menurut jurucakap Suruhanjaya Ehwal Perlembagaan Jawatankuasa Tetap Kongres Kebangsaan Rakyat, Yan Tanwei.
Ketua Pegawai Eksekutif Hong Kong Carrie Lam mengusulkan larangan terhadap pemakaian topeng dan pelitup semasa tunjuk perasaan pro-demokrasi memuncak di bandar itu.
Para penunjuk perasaan memakai topeng untuk merahsiakan identiti mereka di tempat awam.
Usulan itu dikritik hebat oleh para penyokong gerakan antipemerintah, yang berkata ia menimbulkan risiko terhadap para penunjuk perasaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.