Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Hak Asasi Eropah putuskan terima sebahagian saman Belanda, Ukraine terhadap Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
STRASBOURG: Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) di Strasbourg menerima sebahagian kes saman oleh Belanda dan Ukraine terhadap Rusia yang antara lain membabitkan nahas pesawat MH17 2014, lapor Sputnik memetik RIA Novosti pada Rabu (25 Jan).

"Bagi keputusannya kes Ukraine dan Belanda menentang Rusia... Dewan Besar Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah mengisytiharkan sebahagian permohonan itu diterima," menurut kenyataan akhbar mahkamah.

ECHR mendapati beberapa bukti yang dikemukakan oleh kerajaan Ukraine dan Belanda boleh diterima.

"Ia berpendapat bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk memenuhi beban pembuktian pada peringkat penerimaan amalan pentadbiran yang melanggar beberapa Artikel Konvensyen dan ia mengisytiharkan majoriti aduan oleh Kerajaan Ukraine boleh diterima."

Begitu juga, bukti had untuk tujuan kebolehterimaan sudah dipenuhi membabitkan aduan Kerajaan Belanda mengenai pesawat MH17 yang ditembak jatuh  juga diisytiharkan boleh diterima," kata ECHR.

Penerbangan pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Malaysia, terhempas di zon konflik Donbas pada 17 Julai 2014.

Kesemua 298 penumpang, kebanyakannya warga Belanda dan anak kapal terkorban.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan