Mahkamah di China mula perbicaraan terhadap Malaysia Airlines berhubung tragedi MH370
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP
BEIJING: Sebuah mahkamah di Beijing dijadual memulakan perbicaraan pada Isnin (27 Nov) bagi para anggota keluarga yang kehilangan individu tersayang dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 2014.
The Global Times melaporkan sekitar 40 individu akan tampil bagi memberikan keterangan kes masing-masing.
Usaha diperbaharui untuk menangani kes itu diadakan hampir sedekad selepas tragedi itu berlaku.
Sebanyak 239 orang menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, sebelum ia hilang tidak lama selepas ia berlepas.
Lebih daripada 150 penumpang pesawat itu adalah warga China.
Sehingga kini, tidak jelas siapa yang bertanggungjawab, mengapa kontak dengan pesawat itu terputus dan di mana pesawat itu kini berada.
Seorang wakil bagi ahli keluarga mangsa berkata permintaan utama mereka termasuk bantuan psikologi dan sokongan kewangan.
Mereka berharap supaya mereka yang bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.