Skip to main content

Dunia

Mahkamah di China hukum penjara seumur hidup ke atas warga AS kerana mengintip

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Mahkamah di China menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas warga Amerika Syarikat (AS) berusia 78 tahun atas tuduhan mengintip, lapor agensi berita (dpa) Jerman.

John Shing-Wan Leung yang memiliki pasport AS dan menetap di Hong Kong, disabitkan bersalah oleh mahkamah di bandar timur Suzhou dekat Shanghai, pada Isnin (15 Mei).

Aset Leung bernilai kira-kira AS$72,000 (S$96,000) turut dirampas.

Tidak banyak maklumat diperoleh mengenai dakwaan terhadap Leung selain dia ditahan pada April 2021.

Sejak hubungan antara kedua-dua negara itu semakin merosot beberapa tahun kebelakangan ini, AS turut mengambil tindakan terhadap warga China yang dituduh mengintip.

Sementara itu, pihak berkuasa China memulakan siasatan pengintipan ke atas firma perunding asing yang beroperasi di negara itu dengan menggeledah pejabat syarikat berkenaan di Beijing, Shanghai, Shenzhen, Suzhou dan bandar-bandar lain.

Pada hujung April, China meminda undang-undang pengintipan untuk turut meliputi bukan sahaja rahsia negara malah "kepentingan negara" yang tafsirannya kurang jelas.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita