Mahkamah benarkan Terusan Suez terus tahan Ever Given, kata peguam
Mahkamah benarkan Terusan Suez terus tahan Ever Given, kata peguam.
Kapal Ever Given tersendat di Terusan Suez. (Gambar: Suez Canal Authority/Handout via Reuters)
KAHERAH: Mahkamah Mesir pada Ahad (23 Mei) menolak aduan yang dibuat oleh pemilik warga Jepun bagi kapal kontena yang menyekat laluan Terusan Suez selama enam hari dalam bulan Mac terhadap tindakan pihak berkuasa terusan yang masih menahan kapal itu.
Demikian menurut seorang peguam.
Kapal Ever Given, salah sebuah kapal kontena terbesar di unia, tersendat di terusan tersebut akibat angin kencang pada 23 Mac yang menjejas laluan di kedua-dua hala serta mengganggu perdagangan global.
Aduan yang dibuat itu berkait dengan kes mahkamah ekonomi di Ismailia, yang mana Penguasa Terusan Suez (SCA) menuntut pampasan AS$916 juta (S$1.2 juta) daripada pemilik Ever Given, Shoei Kisen.
Juga pada Ahad ketua SCA menyarankan dalam satu wawancara televisyen bahawa pihaknya boleh menerima jumlah yang dikurangkan sebanyak AS$500 juta (S$665 juta), berbanding AS$600 (S$800 juta) juta yang disebut awal bulan ini untuk menyelesaikan isu itu di luar mahkamah.
Pengerusi SCA Osama Rabie berkata deposit AS$200 juta (S$270 juta) mungkin cukup untuk memastikan kapal tersebut akan dilepaskan, dengan baki bayaran dibuat secara berasingan.
Mahkamah Ismailia pada Ahad merujuk semula kes itu kepada mahkamah, yang dijadualkan untuk menimbangkannya pada 29 Mei, kata Ahmed Abu Ali, salah seorang peguam, yang mewakili pemilik kapal bekenaan.
Sebarang keputusan yang dibuat mahkamah rendah mungkin mencetuskan rayuan, kata seorang lagi peguam, Ahmed Abu Shanab, yang memberi gambaran bahawa pertikaian undang-undang mungkin berlarutan.
Dalam satu kenyataan menyusuli keputusan yang dibuat pada Ahad, SCA menyatakan ia tidak bertanggungjawab atas dasar Ever Given, sambil menekankan bahawa tanggungjawabnya terletak ke atas bahu pemilik kapal sahaja dan menyangkal dakwaan yang dibuat sehari sebelum itu oleh pasukan guaman Shoei Kisen.
Ia juga memberikan perincian bagi tuntutan AS$916 juta itu, termasuk kos untuk melepaskan kapal itu dan pampasan yang ditetapkan dalam undang-undang maritim, kerosakan bahan serta reputasi dan juga lencongan sebahagian perkapalan daripada terusan itu.
Malah, sebuah bot karam dalam operasi melepaskan Ever Given, menyebabkan seorang pekerja maut, menurut SCA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.