Skip to main content

Dunia

Mahkamah Bangladesh akan putuskan kuota pekerjaan pemerintah; 133 maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan

Anggaran Waktu Membaca:
DHAKA: Mahkamah tertinggi Bangladesh bermesyuarat pada Ahad (21 Jul) untuk memutuskan sama ada untuk memansuhkan kuota pekerjaan kontroversil dalam perkhidmatan awam yang telah mencetuskan pertempuran ganas di merata negara itu.

Bantahan terhadap kuota pekerjaan pemerintah memuncak minggu ini sehingga ia bertukar ganas menjadi antara tunjuk perasaan paling berdarah dalam tempoh pemerintahan Perdana Menteri Sheikh Hasina.

Perintah berkurung yang dikuatkuasakan telahpun ditarik balik, meskipun pertempuran ganas masih berterusan, menyebabkan polis melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup.

Tentera telah mengerahkan askarnya untuk meronda jalan raya selepas perintah berkurung berkuat kuasa pada Sabtu.

Pihak berkuasa juga menggantung khidmat internet di seluruh negara pada Khamis lalu, sekali gus menyekat komunikasi di dalam dan luar Bangladesh.

Sejauh ini, tiada tanda-tanda ia akan ditarik balik.

Seramai 133 orang terbunuh minggu ini di tengah-tengah tunjuk perasaan yang diterajui oleh para mahasiswa bagi membantah kuota pekerjaan pemerintah.

Menurut polis, dua pegawainya dipukul hingga mati semasa pertempuran itu dan kira-kira 150 yang lain dimasukkan ke hospital.
Sumber : AGENCIES/SE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita