Mahkamah Agung Pakistan arah Imran Khan dibebaskan serta-merta
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Agensi berita
LAHORE: Mahkamah Agung Pakistan mengarahkan Imran Khan dibebaskan serta-merta dan menyifatkan penahanan mantan Perdana Menteri Pakistan itu menyalahi undang-undang.
Mahkamah Agung selepas perbicaraan Encik Imran Khan dengan tegas mengkritik Biro Akauntabiliti Negara (NAB) atas penahanan itu pada Selasa (9 Mei).
Mahkamah juga menjelaskan kehadiran Encik Imran Khan ke Mahkamah Tinggi Islamabad adalah untuk menjalani perbicaraan kes yang disabitkan ke atasnya.
Sehubungan itu, Mahkamah Agung mengarahkan Encik Imran Khan menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Islamabad dan mengikuti apa sahaja yang diputuskan oleh mahkamah tersebut.
Awal dari itu, bantahan tercetus di beberapa kawasan di Pakistan menyusuli penahanan bekas lagenda kriket Pakistan itu.
Parti PTI sebelum ini mendakwa penahanan Encik Imran Khan bermotif politik.
Sekurang-kurangnya 10 terbunuh manakala 2,000 yang lain ditahan ekoran tunjuk perasaan yang berlaku di Pakistan.

Sumber : Agensi berita/AE/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.