Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahkamah Agung India tubuh panel doktor bagi saranan keselamatan di tempat kerja susuli kes rogol, bunuh

Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Mahkamah Agung India pada Selasa (20 Ogos) menubuhkan sebuah panel para doktor untuk mengemukakan saranan-saranan bagi keselamatan di tempat kerja mereka.

Ia menyusuli kes pemerkosaan dan pembunuhan seorang doktor pelatih wanita di Maktab Perubatan RG Kar di bandar Kolkata pada 9 Ogos yang mencetuskan tunjuk perasaan para pekerja perubatan di merata India.
Mahkamah Agung juga mengarahkan pasukan separa tentera persekutuan mengawal keselamatan di hospital pemerintah itu.

Polis persekutuan India pula diarah menyerahkan laporan mengenai perkembangan siasatan kes tersebut, pada Rabu.

Campur tangan Mahkamah Agung itu merupakan satu perkembangan penting kerana ia meluaskan lagi pemantauan pihak kehakiman terhadap kes tersebut.

Namun tunjuk perasaan para kakitangan perubatan di merata India masih berterusan.

Para doktor di beberapa bandar terus enggan menangani kes bukan kecemasan.

Malahan para peguam di Kolkata telah menyertai tunjuk perasaan masyarakat perubatan.

Mereka mengadakan perarakan bantahan dari maktab perubatan tempat pembunuhan tersebut berlaku ke Mahkamah Tinggi bandar wilayah Benggala Barat itu.

Seorang polis sukarelawan sudah diberkas dan didakwa atas jenayah tersebut. Para aktivis wanita menekankan bahawa insiden berkenaan menggariskan bagaimana golongan wanita di India terus menderita daripada keganasan seksual.

Ini meskipun undang-undang tegas sudah dikuatkuasakan berikutan kes rogol beramai-ramai dan pembunuhan seorang pelajar berusia 23 tahun dalam sebuah bas yang bergerak di New Delhi pada 2012.
Sumber : Reuters/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan