Mahkamah Agung Belanda berpihak kepada Malaysia berkaitan tuntutan kumpulan Sulu
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan. (Gambar fail: AFP/Saeed KHAN)
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memperolehi kemenangan penting terakhir di Mahkamah Agung Belanda pada Jumaat (6 Sep), yang membuat keputusan berpihak kepada negara itu dan menolak rayuan difailkan oleh kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.
Menerusi akaun X beliau, Cik Azalina berkata keputusan Mahkamah Agung Belanda iaitu suatu yang muktamad dan sahih, menamatkan percubaan pihak menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Malaysia di Belanda.
“Keputusan Mahkamah Agung ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Hague pada 27 Jun 2023, yang mengekalkan cabaran Malaysia terhadap permohonan pihak menuntut di Belanda untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan Anugerah Akhir yang dibuat oleh Dr Gonzalo Stampa di Paris pada 28 Feb 2022,” kata Cik Azalina.
Pada 27 Jun 2023, Mahkamah Rayuan Hague di Belanda menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan Anugerah Akhir timbang tara yang dikatakan berjumlah AS14.9 bilion (S$19.4 bilion), yang akan dikuatkuasakan di Belanda.
Sebelum ini, lapan warga Filipina memfailkan prosiding timbang tara di Sepanyol bagi menuntut berbilion-bilion dolar daripada Malaysia berhubung isu Sabah, dan sebuah mahkamah di Madrid pada Mac 2019 melantik Stampa sebagai penimbang tara dalam kes itu.
Stampa pada 28 Feb 2022 telah membuat keputusan untuk memihak kepada mereka dan Anugerah Akhir sebanyak AS14.9 bilion (S$19.4 bilion) hasil daripada timbang tara palsu telah dikeluarkan secara haram oleh Stampa kepada lapan penuntut itu, walaupun pelantikannya sebagai penimbang tara sebelum ini dibatalkan oleh mahkamah Sepanyol.
Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan anugerah akhir AS14.9 bilion (S$19.4 bilion), kumpulan Sulu itu dilaporkan cuba merampas aset Petronas milik Malaysia di Luxembourg, aset di Belanda dan menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk sebahagian daripada kedutaannya).
Sementara itu, pada 17 Mei tahun ini, Malaysia dimaklumkan mengenai keputusan Mahkamah Rayuan Madrid yang menolak rayuan Stampa dan mengekalkan hukuman penjara enam bulan dan larangan satu tahun daripada menjalankan tugas sebagai penimbang tara.
Kerajaan Perpaduan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, secara agresif menentang dakwaan lapan individu itu.
Malaysia memperolehi kemenangan muktamad dalam pertikaian yang berlarutan sejak sekian lama, hasil keputusan yang berpihak kepada negara oleh Mahkamah di Luxembourg, Mahkamah Rayuan Hague di Belanda, Mahkamah Rayuan Paris di Perancis dan juga di Mahkamah Sepanyol.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.