Skip to main content

Dunia

Mahfud MD lebih digemari pengundi muda berbanding Gibran, Muhaimin sebagai calon naib presiden Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Mahfud MD lebih digemari pengundi muda berbanding Gibran, Muhaimin sebagai calon naib presiden Indonesia

(Gambar: ADEK BERRY & ADITYA AJI/ AFP)

Diterbitkan : 04 Nov 2023 09:58AM Dikemas Kini : 04 Nov 2023 10:11AM
JAKARTA: Pengamat politik Saiful Mujani berkata, bakal calon naib presiden Mahfud MD, 66 tahun lebih digemari dalam kalangan golongan muda berbanding calon naib presiden lain, iaitu Gibran Rakabuming Raka, 36 tahun dan Muhaimin Iskandar, 57 tahun.


Encik Gibran, anak kepada Presiden Joko Widodo, yang dikatakan bakal menjadi calon naib presiden disebabkan usianya yang muda masih kalah kepada Encik Mahfud, kalau dilihat dari segi pilihan dalam kalangan anak-anak muda.

"Tidak boleh dikatakan Mahfud kurang disenangi dalam kalangan golongan milenial ke bawah. Malah tahap kesukaan terhadap Gibran dalam kalangan milenial dan Gen-Z adalah di bawah Mahfud," kata Encik Saiful Mujani pada Jumaat (3 Nov).

Lebih 200 juta pengundi tempatan dan 1.75 juta pengundi di luar negara akan keluar mengundi pada 14 Februari 2024 untuk memilih presiden serta naib presiden Indonesia yang berikutnya.

Sejauh ini, tiga gabungan besar sudahpun terbentuk.

Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto didampingi Gibran Rakabuming Raka sebagai calon naib presidennya.

Calon presiden parti pemerintah PDI-P Ganjar Pranowo berganding dengan Ketua Menteri Keselamatan Indonesia Mahfud MD.

Mantan gabenor Jakarta Anies Baswedan pula diiringi oleh bakal timbalannya, Muhaimin Iskandar, pemimpin parti Islam terbesar di Indonesia, Partai Kebangkitan Bangsa (PKB).

Golongan generasi muda berusia antara 22 hingga 30 tahun dianggarkan membentuk 56 peratus pengundi, sekitar 114 juta pengundi. Separuh daripada mereka merupakan pengundi kali pertama.

Beliau menambah bahawa Encik Gibran meraih 76 peratus undian milenial dan 79 peratus undian generasi Z, manakala Encik Mahfud meraih 82 peratus undian milenial dan 83 peratus undian generasi Z.

Ini menurut tinjauan yang dijalankan oleh Lembaga Survei Indonesia (LSI), yang ditubuhkan oleh Yayasan Pengembangan Demokrasi Indonesia (YPDI) dan bersifat bebas, tidak berpihak serta dan nirlaba (tanpa untung).

Lebih 1600 peserta mengambil bahagian dalam tinjuan tersebut.

Perbezaan antara kesilapan tinjauan dengan ukuran sampel tersebut dianggarkan kira-kira 2.5 peratus pada tahap keyakinan 95 peratus dengan andaian persampelan rawak mudah.

Tinjauan itu menunjukkan kesukaan generasi Z terhadap Encik Muhaimin, sebanyak 61 peratus, Encik Mahfud MD, sebanyak 83 peratus, dan Gibran, sebanyak 79 peraus.

Sementara dalam kalangan milenial, Encik Muhaimin meraih 66 peratus undian, Encik Mahfud meraih 82 peratus dan Encik Gibran pula 76 peratus.

Dalam kalangan generasi X pula, Encik Muhaimin mendapat 64 peratus undian, Endik Mahfud 83 peratus, dan Gibran 76 peratus.

Sementara itu, dalam kalangan generasi boomer, kesukaan terhadap Encik Muhaimin ialah 66 peratus, Encik Mahfud 89 peratus, dan Encik Gibran 74 peratus.

Dengan hasil tinjauan itu, Encik Saiful menyimpulkan kebanyakan pengundi muda tidak melihat usia sebagai penentu.

“Tidak ada subjektiviti generasi di sini,” tambahnya.

Perkara ini turut diperhatikan mengenai Encik Gibran.

Menurutnya, orang ramai menggemari Encik Gibran bukan kerana dia muda, tetapi mungkin kerana faktor lain.

Justeru, menurutnya, generasi tidak penting dalam menjelaskan sokongan orang ramai terhadap tiga calon naib presiden.

“Kesimpulannya ialah bahawa perbezaan generasi itu tidak penting. Ramai pengundi muda memilih Encik Mahfud MD, sama seperti pengundi kanan. Dan pengundi muda juga cenderung lebih menyukai Encik Mahfud berbanding dua lagi calon naib presiden,” kata Saiful.

“Orang muda mempunyai sikap yang lebih positif terhadap Encik Mahfud berbanding Encik Muhaimin atau Encik Gibran,” akhirinya.
Sumber : AGENCIES/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita