Mahfud Md dilantik pemangku Menteri Perhubungan Indonesia; gantikan Johnny G. Plate ditahan berhubung kes rasuah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/ Mahfud Md
JAKARTA: Presiden Joko Widodo pada Jumaat (19 Mei) melantik Menteri Penyelaras Bidang Politik, Hukum dan Keamanan (Menkopolhukam) Mahfud Md sebagai pemangku Menteri Perhubungan.
Pelantikan itu bagi membolehkan Encik Mahfud Md menjalankan tugas di kementerian setelah Johnny G. Plate ditahan Pejabat Peguam Negara (AGO) pada Rabu (17 Mei) kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah.

BACA:
"Penggalas tugasnya Pak Menkopolhukam," kata Encik Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Encik Jokowi, kepada media di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma sebelum berlepas ke Jepun untuk lawatan kerja.
Encik Plate disyaki terlibat dalam dakwaan kes rasuah 8 trilion rupiah (S$730.5 juta) bagi projek stesen penghantar-terima asas generasi keempat (4G) (a fourth generation (4G)) bernilai 10 trilion rupiah yang dilaksanakan agensi di bawah kementeriannya.
Encik Jokowi turut menyeru semua pihak menghormati proses undang-undang yang dilaksanakan oleh Pejabat Peguam Negara sambil menafikan berlakunya campur tangan politik di sebalik kes itu.
"Yang jelas, Pejabat Peguam Negara pasti profesional dan terbuka terhadap semua yang berkaitan dengan kes itu," katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.