Skip to main content

Dunia

Mahfud MD dibenarkan letak jawatan dari kabinet: Jokowi

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo berkata Menteri Penyelaras Bidang Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Mahfud MD, yang sedang bertanding sebagai calon naib presiden, dibenarkan untuk meletak jawatan dari kabinet.

"Ya, ia adalah hak Encik Mahfud, dan saya akan menghormatinya," kata Encik Jokowi pada Rabu (24 Jan), dalam satu acara penyerahan pesawat C-130J-30 Super Hercules A-1344, Helikopter Fennec dan Panther di Pangkalan Tentera Udara Halim Perdanakusuma, di Jakarta.

Rancangan Encik Mahfud untuk meletak jawatan dari Kabinet Indonesia Maju didedahkan dalam satu perbincangan mengenai dialog "Tabrak Prof" di Semarang, Jawa Tengah, pada Selasa (23 Jan).

"Sebenarnya sudah lama saya rancang untuk meletak jawatan, sejak debat pertama bakal bermula," kata Encik Mahfud.

Menurut Encik Mahfud, dengan keputusan untuk meletak jawatan, ia lebih mudah baginya untuk mendedahkan data kepada orang awam, yang menyokong hasratnya sebagai calon naib presiden kepada calon presiden Ganjar Pranowo.

Meskipun demikian, beliau mempertimbangkan aspek etika berkaitan rancangan untuk meletak jawatan, kerana beliau dilantik sebagai menteri penyelaras oleh Presiden Jokowi.

"Saya dilantik olehnya dengan segala hormat dan kepercayaan kepadanya sebagai presiden yang dipilih orang ramai," katanya.

Encik Mahfud berkata beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk meletak jawatan.

Selain itu, Encik Mahfud berkata bahawa ketika kempennya sebagai calon naib presiden, beliau tidak menggunakan kemudahan pemerintah bagi tujuan kempennya.

"Sebagai seorang menteri yang juga calon dalam pilihan raya, saya tidak menggunakan kemudahan negara bagi tujuan berkempen meskipun sedikit," katanya.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita