Mahathir umum tidak bertanding dalam PRN
Anggaran Waktu Membaca:
Bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Behrouz Mehri/AFP)
SEPANG: Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad pada Rabu (28 Jun) berkata beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Bagaimanapun, beliau akan memberikan sokongan aktif terhadap mana-mana gerakan untuk memperkukuh hak orang Melayu sempena PRN itu.
“Saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya, dan objektif saya bukan untuk menjadi Perdana Menteri lagi,” katanya pada sidang media di Sepang sekembalinya ke tanah air dari luar negara pada Rabu (28 Jun).
Enam negeri akan mengadakan PRN iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Selangor sudah dibubarkan masing-masing pada 22 Jun dan 23 Jun lepas, Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang dibubarkan hari ini manakala DUN Negeri Sembilan akan dibubar pada 1 Julai.
Mengulas hasrat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia untuk berjumpa dengannya, Dr Mahathir berkata pertemuan hanya boleh dilakukan selepas Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok (29 Jun).
Pada Selasa (27 Jun), Encik Muhyiddin dilaporkan berkata akan bertemu Dr Mahathir dalam masa terdekat untuk membincangkan kerjasama menerusi Proklamasi Orang Melayu.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.