Mahathir tersasul minta orang ramai jangan undi Pakatan Harapan
Meskipun baru saja tiga hari berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin terlalu kepenatan apabila tersasul ketika menyampaikan ceramah pakatan pembangkang di Padang Astaka, lapor Berita Harian Malaysia.
Gambar: Astro AWANI.
DUNGUN: Meskipun baru saja tiga hari berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin terlalu kepenatan apabila tersasul ketika menyampaikan ceramah pakatan pembangkang di Padang Astaka, lapor Berita Harian Malaysia.
Malam semalam (30 Apr), Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tersasul apabila meminta hadirin agar tidak mengundi Pakatan Harapan pada 9 Mei nanti.
Insiden itu membuat para hadirin terkejut dan ada yang tertawa.
Menyedari kesilapan itu, Dr Mahathir tergelak kecil dan segera membetulkan kenyataannya sebelum meneruskan ceramah.
Beliau ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke ceramah berkenaan.
Namun, Berita Harian Malaysia melaporkan bahawa Dr Siti Hasmah yang duduk di sofa disediakan di atas pentas kelihatan penat dan beberapa kali melelapkan mata ketika suaminya membuat ucapan.
Turut hadir di ceramah itu adalah Presiden Parti Amanah Negara, Mohammad Sabu dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Terengganu, Azan Ismail.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.