Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir saman PM Anwar RM150 juta; pengurusan kes pada 31 Mei

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman sebanyak RM150 juta (S$199 juta) terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat (5 Mei), lapor Astro AWANI. 

Peguam Dr Mahathir, Rafique Rashid, menerusi kenyataan media pada Jumaat, berkata saman itu berhubung dakwaan Encik Anwar bahawa Dr Mahathir mengumpul kekayaan peribadi ketika berkuasa.

Encik Rafique menjelaskan salinan dokumen tersebut sudah diserahkan kepada firma guaman yang mewakili Perdana Menteri, Tetuan Thomas Philip pada pukul 5.10 petang Rabu lalu.

Katanya, satu sesi pengurusan kes akan dijalankan pada 31 Mei depan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Jamhirah Ali.

"Tuntutan ini difailkan adalah bagi penarikan semula kenyataan tersebut dan juga bertujuan menghentikan segala tohmahan yang bersifat sama serta satu ganti rugi am dan teladan yang berjumlah RM150 juta (S$199 juta) setelah mengambil kira tuduhan jahat dibuat oleh seorang Perdana Menteri," jelas Encik Rafique dalam kenyataannya.

Media pada Jumaat melaporkan, Dr Mahathir sudahpun menghantar notis tuntutan kepada Encik Anwar mengenai kenyataan yang dibuat semasa Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: 'Pelaksanaan Sebuah Idealisme' pada Mac lalu.

Encik Anwar kemudian dalam reaksi ringkasnya berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada peguamnya, lapor Astro AWANI. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan