Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir kongsi usaha Malaysia perangi rasuah

Dr Mahathir Mohamad akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama untuk berkongsi dengan masyarakat antarabangsa mengenai usaha Malaysia memerangi rasuah semasa lawatan kerjanya ke Austria. 

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir kongsi usaha Malaysia perangi rasuah

(Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 19 Jan 2019 10:29PM Dikemas Kini : 19 Jan 2019 10:34PM

VIENNA: Dr Mahathir Mohamad akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama untuk berkongsi dengan masyarakat antarabangsa mengenai usaha Malaysia memerangi rasuah semasa lawatan kerjanya ke Austria untuk menghadiri Persidangan Agung dan Mesyuarat Tahunan ke-10 Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) Selasa ini (22 Jan). 

Dr Mahathir akan menyampaikan ucaptama pada persidangan tersebut yang bertemakan "15 tahun Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu memerangi Rasuah, Pencapaian dan Prospek".

Beliau juga dijadual menyampaikan syarahan bertajuk "Memerangi Rasuah di Malaysia: Pencapaian, Cabaran dan Perspektif” yang dianjurkan oleh Akademi Anti Rasuah Antarabangsa International Anti-Corruption Academy (IACA) di sini.

Duta dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu Ganeson Sivagurunathan berkata persidangan itu menghimpunkan pemimpin politik, termasuk ketua kerajaan dan agensi antirasuah serta pengamal rantau di seluruh dunia untuk bertukar-tukar pandangan mengenai langkah-langkah mencegah dan memerangi rasuah, menyokong kerjasama antarabangsa dan bantuan teknikal serta memupuk integriti, kebertanggungjawaban dan pengurusan hal ehwal awam secara sempurna.

Dr Ganeson berkata ucaptama itu menandakan penampilan pertama Dr Mahathir pada Persidangan Antarabangsa Vienna (VIC) di Vienna. Kali terakhir beliau melakukan lawatan ke Vienna adalah pada 1985.

LANDASAN BERI GAMBARAN POSITIF M'SIA

"Dalam hal ini, IAACA berfungsi sebagai platform yang ideal untuk perdana menteri menonjolkan usaha dan komitmen Kerajaan Malaysia dalam usaha memerangi rasuah dengan pandangan untuk menggambarkan imej positif Malaysia sebagai negara yang menegakkan kedaulatan undang-undang, integriti dan kebertanggungjawaban dengan sepenuhnya," katanya.

IAACA adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan atas tujuan mempromosikan pelaksanaan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Memerangi Rasuah secara berkesan dan untuk membantu pihak berkuasa antirasuah dalam usaha sejagat untuk membanteras rasuah.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan