Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir gesa kerajaan M'sia tumpu kepada isu kemiskinan kaum Melayu

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA SELANGOR: Kerajaan Malaysia digesa memberi tumpuan kepada isu kemiskinan kaum Melayu berbanding penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani di enam negeri.

Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak seharusnya berasa seronok dengan mengadakan majlis rumah terbuka sedangkan masalah kaum Melayu terus terpinggir, lapor Astro Awani.

"Kita dapati kerajaan seolah-olah tidak nampak masalah orang Melayu, mereka berseronok, membuat rumah terbuka walaupun mereka berkata tak akan ada acara besar-besaran," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Jamuan Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram di Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor pada Isnin (15 Mei).

Dr Mahathir memberitahu, semasa beliau menjadi Perdana Menteri, majlis rumah terbuka Aidilfitri hanya diadakan sekali sahaja.

"Kenapa enam? Sebab nak tunjuk kepada rakyat supaya sokong dialah yang beri makan kepada orang ramai," jelas beliau.

Beliau menjelaskan, kebanyakan kaum Melayu di kawasan bandar masih dihimpit isu kemiskinan, menurut laporan Astro Awani.

Sehubungan itu, katanya, kaum Melayu sepatutnya sama kaya dengan kaum lain selepas Malaysia mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun.

"Tetapi hakikatnya ialah orang Melayu itu miskin sehingga kadang-kadang tanah milik mereka sekangkang kera mereka jual."

"Apabila kita menjual tanah, kita kehilangan punca pendapatan dan tidak mempunyai harta seterusnya semakin miskin," jelas beliau.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan