Mahathir dibenarkan pulang dari hospital, selesai pemantauan pakar
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad dibenarkan pulang dari hospital pakar jantung pada Jumaat (4 Ogos), menurut sumber yang memberitahu AFP.
Ini selepas pemeriksaan kesihatan selama empat hari di hopital tersebut.

"Ya, Mahathir sudah dibenarkan pulang dari hospital," kata sumber itu pada Jumaat, tanpa memberi maklumat lanjut.
Seorang lagi pegawai yang rapat dengan Dr Mahathir berkata pada Khamis (3 Ogos) bahawa mantan pemimpin itu "sedang dirawat bagi satu jangkitan".
Beliau pernah menghidap beberapa masalah jantung sebelum ini, termasuk sekurang-kurangnya dua serangan jantung, dan sudah menjalani sekurang-kurangnya dua pembedahan pintasan.
Dr Mahathir juga pernah dimasukkan ke hospital pada Disember 2021 dan Januari 2022 selama beberapa hari buat pemeriksaan kesihatan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.