Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir cabar pengundi di Putrajaya berani pilih calon pembangkang

Ribuan orang menghadiri rapat pihak pembangkang, Pakatan Harapan. Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjadi penceramah utamanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 May 2018 05:08PM Dikemas Kini : 05 May 2018 01:22AM

PUTRAJAYA: Ribuan orang menghadiri rapat pihak pembangkang, Pakatan Harapan.

Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjadi penceramah utamanya.

Tempat rapat itu terletak tidak jauh daripada Pejabat Perdana Menteri dan di kelilingi bangunan jabatan-jabatan kerajaan.

Semasa menjadi PM selama 22 tahun, Dr Mahathir dianggap sebagai pelopor pembangunan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia ini.

Kawasan undi tersebut sentiasa berada di tangan BN kerana ramai kakitangan kerajaan tinggal di Putrajaya.

Bagaimanapun Pakatan Harapan menggesa mereka supaya berani memilih calon-calon pembangkang pada 9 Mei nanti.

Dr Mahathir berkata: "Saya hairan, saya ingat orang Putrajaya ini semua takut. Saya tak sangka begini ramai hadir pada malam ini untuk mendengar penerangan-penerangan daripada parti Pakatan Harapan. Inilah semangat yang akan membela negara kita. Inilah semangat yang akan menyelamatkan negara kita".

"Jika melihat jumlah dan tindak tanduk mereka yang hadir di rapat ini, setidak-tidaknya pihak pembangkang mungkin dapat mengurangkan majoriti 70 peratus yang diraih calon BN di kawasan undi ini semasa pilihan raya yang lalu," tambah beliau.  

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan