Mahasiswa Iran sertai tunjuk perasaan peniaga terhadap kesukaran ekonomi
Anggaran Waktu Membaca:
TEHRAN: Mahasiswa Iran mengadakan tunjuk perasaan di jalanan di Tehran pada Selasa (30 Dis), sehari selepas peniaga di ibu negara itu mengadakan bantahan menentang kesukaran ekonomi dan menerima mesej pemahaman daripada presiden.
Menurut Ilna - agensi berita yang ada kaitan dengan gerakan buruh Iran - tunjuk perasaan tercetus di tujuh universiti Tehran, yang juga antara universiti paling berprestij di negara itu, dan di universiti teknologi di bandar Isfahan.
Gerakan mahasiswa itu berlaku menyusuli bantahan pada Isnin di bahagian tengah Tehran oleh para pemilik kedai dan sehari sebelum penutupan sementara bank, sekolah dan perniagaan di ibu negara, serta di kebanyakan wilayah untuk menjimatkan tenaga dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk.
Rial Iran merosot berbanding dolar dan mata wang dunia yang lain, apabila bantahan berlaku pada Ahad (28 Dis), di mana dolar Amerika diniagakan pada sekitar 1.42 juta rial berbanding 820,000 rial setahun lalu.
Ini sekali gus memaksa harga import untuk naik dan menjejas peniaga runcit.
AFP melihat sejumlah besar polis dan pengawal keselamatan dikerahkan di persimpangan utama di tengah Tehran dan sekitar universiti tertentu pada Selasa (30 Dis), manakala beberapa kedai yang ditutup pada hari sebelumnya di pusat ibu negara sudah dibuka semula.
Beberapa bantahan berlaku pada Ahad di pasar telefon bimbit terbesar di bandar itu, sebelum semakin merebak, walaupun skalanya masih terhad dan tertumpu di bahagian tengah Tehran.
Sebahagian besar kedai di tempat lain terus beroperasi seperti biasa.
Presiden Masoud Pezeshkian - yang mempunyai kuasa lebih rendah di bawah sistem pemerintahan Iran berbanding pemimpin ulung Ayatollah Ali Khamenei - bertemu pada Selasa dengan pemimpin buruh dan mengemukakan cadangan untuk menangani krisis ekonomi, menurut agensi akhbar Mehr.
"Saya meminta menteri dalam negeri untuk mendengar tuntutan sah penunjuk perasaan dengan mengadakan libat urus dialog dengan wakil mereka supaya pemerintah dapat berusaha sedaya upaya untuk menghuraikan masalah dan bertindak secara bertanggungjawab," katanya dalam catatan media sosial.
Menurut televisyen rasmi pemerintah, speaker parlimen Mohammad Bagher Ghalibaf, juga menggesa agar "langkah-langkah yang perlu yang memberi tumpuan kepada peningkatan kuasa pembelian rakyat", namun memberi amaran terhadap ejen asing dan penentang pemerintah yang cuba mengeksploitasi bantahan tersebut.
Pada Isnin (29 Dis), pemerintah mengumumkan penggantian gabenor bank pusat dengan mantan menteri ekonomi dan kewangan Abdolnasser Hemmati.
EKONOMI YANG HAMBAR
Harga yang turun naik melumpuhkan hasil jualan beberapa barangan import, dengan penjual dan pembeli memilih untuk melengahkan urus niaga sehingga prospek menjadi lebih jelas, lapor wartawan AFP.
Menurut akhbar Etemad, seorang pedagang mengadu bahawa pegawai tidak menghulurkan sebarang sokongan kepada peniaga yang bergelut dengan kos import yang melambung tinggi.
Pada bulan Disember, inflasi mencatat 52 peratus tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya, berdasarkan perangkaan rasmi.
Namun, perangkaan itu masih jauh berbanding kebanyakan kenaikan harga, terutamanya bagi keperluan asas.
Ekonomi negara itu, yang terjejas oleh sekatan Barat selama beberapa dekad, semakin tegang selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hujung September mengembalikan sekatan antarabangsa yang berkaitan dengan program nuklear negara itu yang ditarik balik 10 tahun yang lalu.
Kuasa Barat dan Israel menuduh Iran cuba memperoleh senjata nuklear, iaitu tuduhan yang dinafikan oleh Tehran.
Bantahan yang berlaku sekarang bagi menentang kos sara hidup yang tinggi belum merebak ke seluruh negara seperti tunjuk perasaan yang menggegarkan Iran pada 2022.
Tunjuk perasaan tersebut tercetus akibat kematian Mahsa Amini yang berusia 22 tahun, yang ditahan kerana dikatakan melanggar kod pakaian ketat negara bagi wanita.
Kematian Amini mencetuskan pergolakan selama berbulan-bulan, dengan beratus-ratus orang, termasuk berpuluh-puluh anggota keselamatan terbunuh dan beribu-ribu lagi ditangkap.
Pada 2019, bantahan tercetus di Iran selepas pengumuman kenaikan mendadak harga petrol.
Pergolakan itu merebak hingga ke sekitar 100 bandar, termasuk Tehran, dan menyebabkan berpuluh-puluh orang terkorban.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.